Sunday, March 25, 2012

Wajah baru pesawat usang

KREATIF... sebahagian  daripada pesawat itu mengambil masa beberapa hari untuk dilukis manakala yang lain hingga beberapa minggu.
KREATIF... sebahagian daripada pesawat itu mengambil masa beberapa hari untuk dilukis manakala yang lain hingga beberapa minggu.

SEBUAH pusara pesawat perang yang tidak digunakan lagi di padang pasir Arizona diberi kehidupan baru menerusi satu projek seni.

‘Projek Tanah Perkuburan’ itu menghidupkan semula pesawat perang usang apabila artis grafiti dibenarkan mempamerkan kemahiran mereka.

  • Foto

    HASIL SENI... muncung pesawat Douglas DC-3 diberi nama ‘Jerky Jermal,’ hasil lukisan artis grafiti, ‘Bast,’ memberi nafas baru kepada kapal terbang lama.

  • Foto

    BUKAN MUDAH... ada pelukis memilih untuk melukis setiap inci badan kapal terbang.

  • Foto

    RUMIT... sebahagian projek itu membabitkan beberapa pelukis yang dipilih dari seluruh dunia.

  • Foto

    TEKUN... seorang pelukis memberi tumpuan untuk menyiapkan bahagian pesawat.

  • Foto

    BERCORAK... sebuah pesawat Lockheed Jetstar yang beri wajah baru dan diberi nama ‘Spy Tigers’.

  • Foto

    BESAR... pesawat dalam projek seni memberi kehidupan baru kepada pesawat usang dengan lukisan menggunakan warna dan imej terang.

  • Foto

    PUSARA PESAWAT...pesawat pengebom B-52 ditempatkan di kawasan yang digelar ‘Tanah Perkuburan,’ di Arizona.

Lebih 30 pelukis grafiti terbaik dunia terlibat untuk memberi nafas baru kepada lima jet Tentera Udara Amerika Syarikat yang musnah dengan lukisan mereka.

Projek berkenaan, ilham penaungnya, Eric Firestone, berusaha membangunkan semula pesawat yang tidak digunakan lagi dengan menyusuri sejarah tentera Amerika.


“Bahagian pertama Projek Tanah Perkuburan, ‘Tugasan Muncung’ bermula pada musim panas 2011 dengan satu pameran muncung pesawat yang diambil dari jet tentera dan diserahkan kepada artis untuk dijadikan ‘kanvas berbentuk aneh,’” kata Firestone.


Bahagian kedua siri itu, ‘Pilihan daripada Projek Tanah Perkuburan’ mempamerkan lima tugasan pada pesawat tentera hasil kerja pelukis grafiti dan artis jalanan terkenal yang dipilih dari seluruh dunia.

Jason Wawro, yang menghasilkan imej menakjubkan dalam Projek Tanah Perkuburan itu berkata: “Bagi saya, projek ini datang sekali seumur hidup. Ia menggambarkan satu konsep wawasan dalam seni, menyerahkan keseluruhan pesawat yang tidak digunakan untuk membolehkan artis memberi imej baru yang tidak pernah terbayang sebelum ini.

“Selepas menyaksikan kerja merealisasikan projek ini, saya sedar peluang untuk membabitkan diri dalam kerja seperti ini tidak akan muncul lagi untuk tempoh masa yang lama.

“Pameran ini berbeza sama sekali. Ia perlu dilihat untuk dipercayai. Dan apabila ia berakhir, ia tidak akan datang lagi.”

Menurutnya, ada bahagian yang mengambil masa tiga hari untuk dilukis manakala yang lain, beberapa minggu. Ada yang disiapkan oleh seorang artis dan ada pula yang memerlukan lima pelukis pada satu-satu masa.

Kawasan padang pasir seluas 2,600 ekar itu menempatkan lebih 4,400 pesawat usang termasuk kapal terbang pengebom B-52, F14 Tomcat dan A-10 Thunderbolt yang terkenal sebagai jet pemusnah kereta kebal, Pesawat yang tidak digunakan lagi itu dengan nilai kira-kira AS$35 juta (RM105 juta) disimpan di kawasan berkenaan sebagai alat ganti untuk model pesawat perang yang masih digunakan.

Beberapa pesawat disimpan di pangkalan berkenaan sementara tidak digunakan tetapi lebih 80 peratus daripada 4,200 pesawat terbabit sudah dibersarakan, menjadikan kawasan itu bagaikan satu pusara keluli yang amat luas.

Padang pasir menjadi tempat terbaik untuk menempatkan pesawat yang sudah tidak digunakan itu kerana kadar kelembapan yang rendah serta kekurangan hujan bermakna ia tidak berdepan dengan masalah karat secara berleluasa. Tambahan pula, tanahnya yang keras membolehkannya diletakkan tanpa perlu membina tanjakan konkrit.

Pameran itu kini berlangsung di Muzium Udara dan Angkasa Pima di Tucson hingga pertengahan Mei.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: