Sunday, March 25, 2012

Disko dalam rumah

LIGAT... Tilly (tengah) bersama rakan menari riang di lantai tari.
LIGAT... Tilly (tengah) bersama rakan menari riang di lantai tari.

IBU bapa sentiasa risaukan keselamatan anak mereka. Untuk sentiasa mengawasi anak mereka, satu pasangan di London membina sebuah kelab malam berteknologi tinggi di bilik bawah tanah rumah mereka.

Siap dengan lampu berkelip-kelip, lantai menari yang bercahaya dan deejay profesional, Claire Farrow, 44, dan suaminya Ian Hogarth, 56, dari West Kensington, melabur lebih 1 juta pound (RM4.87 juta) untuk menyiapkan ‘rumah idaman’ mereka.

  • Foto

    BERCAHAYA... pasangan Farrows membeli lantai tari dari China.

  • Foto

    MEWAH... Claire dan Hogarth melabur lebih RM4 juta untuk membina ‘rumah idaman’ mereka.

Selain bilik disko kedap bunyi, rumah itu yang kini dinilai berharga antara RM12.17 juta dan RM14.6 juta turut mempunyai sebuah sauna dan bilik menonton filem.

Anak lelaki mereka yang berusia 16 tahun, Gil gembira berlatih menjadi deejay, manakala anak perempuan mereka, Tilly, 12, sering mengajak rakan menari di ‘kelab’ selepas waktu sekolah.


Claire memberitahu Evening Standard: “Ini adalah rumah impian kami, segala yang kami mahukan. Malah, anak remaja kami sering ada di rumah, jadi kami tahu di mana mereka. Idea untuk lantai menari itu lahir kerana saya suka menari, tetapi saya terlalu tua untuk ke kelab malam.”


Lantai menari di disko yang bersebelahan bilik anak mereka mempunyai beribu-ribu lampu kecil yang berkelip, sebuah bahagian khas untuk deejay profesional dan sistem bunyi.

Farrow yang mempunyai syarikat arkitek Horgath Architects di Barat London membeli lantai tari itu dari China melalui Internet dengan harga RM29,000.

Menurut Claire, biasanya harga lantai tari lima kali ganda tinggi daripada harga itu, manakala sistem bunyi pula dibeli daripada sebuah kelab malam di Birmingham.

Ketika anak mereka tidak melayan tetamu, Ian dan Claire pula akan mengambil alih menggunakan lantai tari itu.

Claire mengupah seorang guru mengajar kelas menari disko setiap Rabu untuknya dan rakannya.

“Saya memang tidak suka ke gimnasium, jadi saya akan menari,” katanya.
Projek pembinaan rumah itu mengambil masa 11 bulan dan menelan belanja lebih RM4 juta, termasuk tapak rumah.

Ia satu projek besar dan disiarkan dalam satu episod rancangan popular Grand Design di Channel 4.

Selain disko, rumah itu turut mempunyai, pintu depan kalis peluru, ruang meletak pakaian yang dicat perspektif warna ungu di bilik tidur utama, kolam ikan dalam rumah dan beberapa hasil seni kontemporari.

Claire berkata: “Rakan saya fikir kami gila, tetapi mereka sebenarnya cemburu.”

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: