Volkswagen buka bilik pameran ke-17

Volkswagen Group Malaysia (VGM), anak syarikat Volkswagen AG dan Okuan Otomobil Sdn Bhd, memperkukuh komitmennya membuka sebuah lagi bilik pameran di Kuantan, Pahang.

Pengarah Urusannya, Ricky Tay berkata, pembukaan bilik pame-ran ini perancangan pengembangan produk, sekali gus memberi kepuasan dan kemudahan kepada pelanggan.

“Ini adalah bilik pameran pertama dibuka pada tahun ini, kami percaya Okuan Otomobil akan mengekalkan rentak bagi mengukuhkan jenamanya dan perkhidmatan pelanggan terbaik di Pahang.

Hadir sama, Pengarah Eksekutif Okuan Otomobil; Peter Yap dan Pengarah Urusannya; Alan Chang.

“VGM juga yakin Okuan Otomobil dapat memenuhi prinsip utama Volkswagen untuk pembangunan rangkaian termasuk liputan optimum, orientasi pelanggan, keuntungan peniaga dan pelabur kepada amalan perniagaan harian dalam menterjemahkan pencapa-ian dan keputusan pelanggan,” katanya.