Dulux pilih merah untuk 2012

AkzoNobel menerusi jenama Dulux memperkenalkan warna tahunan untuk tahun 2012, sekali gus menambah portfolionya sebagai antara peneraju pengeluar cat terkemuka di dunia.

Pengarah Urusannya, C W Goh berkata, pemilihan warna merah melambangkan simbol tuah, semangat, tarik an dan keraian.

“Pengetahuan kami dalam formula warna dan prinsip reka bentuk adalah dari kajian dan penyelidikan berterusan yang dilakukan di Pusat Estetika AkzoNobel. Di sana kita akan mengumpulkan pakar kreatif yang membantu dalam menentukan warna utama untuk tahun yang mendatang.

“Antara warna lain termasuk oren, kuning, hijau, ungu, warna hangat semula jadi dan juga warna-warna semula jadi,” katanya selepas memperkenalkan warna tahunan 2012 di Kuala Lumpur.

Hadir sama, jurucakap jenamanya, Eric Leong dan rakan korporat.

Sementara itu, katanya, Dulux berhasrat terus mengekalkan prestasi dan pertumbuhannya untuk tahun ini, memandangkan ia memperoleh pertumbuh an memberangsangkan sepanjang pada tahun lalu.

“Matlamat Dulux adalah untuk membantu pengguna menghasilkan sesuatu kreativiti dengan lebih mudah, selain mengeluarkan pelbagai produk yang ber inovatif bagi memenuhi keperluan dan kehendak pengguna.