Nikon D4 bakal meningkatkan jualan

KUALA LUMPUR – Pengenalan Nikon D4 bagi pasaran tempatan semalam bakal melonjakkan penjualan mereka sekali gus membuktikan pencapaian pembangunan dan pertumbuhan luar biasa di Malaysia dalam tempoh lima tahun.

Pengurus Besar Jabatan Pemasaran produk Pengguna , David Ng berkata, mereka optimis mencapai peningkatan dua kali ganda bagi penjualan model terbaru tersebut daripada Nikon DS3.

“D4 menggunakan enjin pemprosesan imej terkini Expeed 3 khusus dioptimumkan bagi kamera DSLR. Beberapa fungsi dan ciri baru ditambah bagi memenuhi permintaan jurufoto profesional dan amatur," katanya selepas melancarkan Nikon d4 di ibu negara.