Nabil dan Kenchana Dewi diumumkan sebagai penyampai baru stesen radio Suria FM berkuat kuasa minggu depan.
Mereka akan memeriahkan segmen ceria pagi bersama Halim Othman, dari jam 5 pagi hingga 10 pagi, bermula Isnin ini.
Pengumuman itu sekali gus mengiayakan desas-desus Shira akan meninggalkan stesen radio itu, selepas tamat kontraknya pada Februari ini.
Bagaimanapun Ketua Operasi Suria FM, Yusri Abu Samah pada sidang media yang berlangsung di pejabat Suria FM hari ini berkata, pihak mereka sangat berbesar hati sekiranya Shira mahu menyambung kontrak semula.
Difahamkan, Shira enggan menyambung kontrak kerana terikat dengan komitmen lain.
Saturday, January 7, 2012
Suria FM: Nabil, Kenchana ganti Shira
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: