Thursday, January 12, 2012

Percutian bersama Shila Amzah


Sebahagian pemenang Safi KLIQ menerima penghargaan daripada Shila Amzah (dua dari kanan).


SESIAPA saja pun pasti mengimpikan percutian secara percuma apatah lagi jika disertai dengan rakan-rakan rapat untuk berkongsi cerita dan keriangan .

Impian itu berjaya dipenuhi oleh 16 orang gadis bertuah apabila baru-baru ini mereka terpilih sebagai pemenang pertandingan Safi KLIQ sekali gus diraikan dengan percutian eksklusif Cerah Sempurna di Gold Coast, Sepang, selama dua hari.

Lebih mengujakan apabila percutian itu turut disertai oleh duta produk Safi Balqis Perfect 10, penyanyi berbakat besar, Shila Amzah.

Pengurus Kumpulan Produk Safi, Mahsuri Sulaiman, berkata, percutian itu dianjurkan sebagai satu cara untuk menghargai kepercayaan dan kesetiaan para pengguna produk tersebut.

Katanya, peraduan yang dianjurkan sepanjang Oktober hingga November lalu mencabar kreativiti para gadis untuk memuat naik gambar paling kreatif mereka bersama teman serta mencipta nama kumpulan yang menarik.

"Melalui peraduan ini Safi Balqis juga ingin tampil sebagai bukan sahaja sebuah jenama produk penjagaan kulit, malah teman yang menjadi pemangkin keyakinan setiap gadis di luar sana dengan kulit cerah sempurna tanpa cela," katanya.

Menurut Mahsuri, mereka bukan saja bertanding merebut tiket percutian eksklusif Cerah Sempurna ke Gold Coast, Sepang, malah hadiah-hadiah lain yang menarik seperti Ipad dan Ipod.

Dalam pada itu pelbagai aktiviti menarik telah dianjurkan sepanjang percutian itu khusus untuk para gadis Safi KLIQ ini.

Antaranya Bengkel Kecantikan Cerah Sempurna yang dianjurkan pada hari pertama.

Ternyata para peserta begitu teruja untuk mengetahui teknik membersih wajah yang betul bagi memastikan kotoran dibersihkan sepenuhnya serta mengetahui cara terbaik untuk memastikan kulit bukan sahaja bersih malahan mendapat manfaat produk kecantikan dengan teknik penggunaan yang betul.

Acara disemarakkan lagi dengan 'Malam Balqis' sambil dihiburkan dendangan lagu-lagu popular Shila yang turut mengajak peserta menunjukkan bakat mereka dengan menyertai pertandingan Balqis Idol.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: