Thursday, January 26, 2012

Buang sampah dari langit


SALAH satu perangai buruk penduduk (bulat) yang sempat dirakam Kosmo! di Pantai Dalam semalam.Gambar kecil PPR Sri Pantai.


KUALA LUMPUR - Mentaliti kelas ketiga ternyata masih menebal di kalangan sebahagian warga kota terutamanya penduduk flat.

Seperti contoh, kes-kes buang sampah dari tingkat atas ke bawah tanpa perasaan bersalah masih menjadi amalan mereka.

Tinjauan di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sri Pantai, Pantai Dalam di sini semalam membuktikan mentaliti buang sampah dari langit itu masih berlaku.

Rata-rata penduduk mendakwa, masih ada segelintir penghuni masih mengamalkan perangai buruk itu walaupun tidak sekerap dahulu.

Pengerusi Persatuan Penduduk PPR Sri Pantai, Tusiah Sino, 51, berkata, ada penduduk sengaja membuang sampah dari tingkat atas flat semata-mata malas turun ke bawah membuangnya ke dalam tong sampah.

Katanya, mereka seolah-olah seronok melakukan perkara itu tanpa rasa bersalah.

"Lebih teruk, jika ada aktiviti di bawah flat, mereka sering membaling sampah dan botol-botol air ke bawah supaya orang terkejut.

"Pernah sekali seorang kanak-kanak cedera dan dihantar ke hospital akibat terkena kayu yang dibuang dari tingkat atas," katanya.

Menurut Tusiah lagi, satu lagi sikap buruk penghuni flat ialah suka membuang sampah di tingkat lain juga mendorong budaya buang sampah dari flat.

"Ada penghuni membuang sampah mereka di tingkat lain di dalam flat yang sama.

"Apabila disedari penghuni tingkat berkenaan, mereka menjadi marah dan mencampak sampah tersebut terus ke bawah flat," jelasnya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: