![]() |
| STEFANIE SUN |
PENYANYI Taiwan yang baru berkahwin, Stefanie Sun yang memenangi anugerah Lagu Terbaik dan Penyanyi Paling Popular dalam Beijing Chinese Song Awards mendedahkan dia inginkan cahaya mata pada tahun naga.
"Saya ingin anak tahun ini, bukankah tahun naga merupakan tahun tuah," katanya.
Stefanie yang sedang dalam pembikinan album terbaharunya memberitahu dia akan menghabiskan cuti tahun baru di Singapura dan sama seperti orang lain dia juga suka bermain mahjong bersama keluarganya.
Selain Singapura, memandangkan Stefanie mengambil cuti yang panjang, dia juga akan melancong ke Sepanyol dan Belanda bersama suaminya lebih daripada 20 hari.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: