Friday, October 8, 2010

Tiada usaha berbaik daripada Rita: Ruzie



Isu rumah tangga pelakon Rita Rudaini, 33, dan bintang bola sepak kebangsaan, Aidil Zafuan, 23, menjadi semakin ‘tegang’ dan ‘panas’ setelah Rita tampil membuat pelbagai kenyataan bagi membela dirinya.

Selain mendakwa dirinya masih tidak diterima keluarga Aidil, Rita juga mendakwa suaminya itu langsung tidak pulang ke rumah sejak lebih sebulan yang lalu.

Malah, Rita turut mempertikaikan tanggungjawab Aidil sebagai suami kerana tidak mampu mempertahankan haknya sebagai isteri.

Rita juga meluahkan rasa kecewa setelah anak kecil mereka, Airit Rayyan Rizqin, turut menjadi mangsa dalam pergolakan rumah tangga yang sering diuji itu.

Bagaimanapun, Aidil sehingga ke hari ini masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan, melainkan menerusi kakaknya, Ruzie Abd Radzak, 39, yang menjadi orang tengah.

Namun, yang pasti pergolakan rumah tangga mereka berkait rapat dengan keluarga Aidil yang sejak awal lagi tidak merestui perkahwinan mereka sehingga pasangan ini terpaksa berkahwin di Songkhala, Thailand, dua tahun lalu.

Bagi mendapat penjelasan daripada pihak Aidil, Sinar Harian menghubungi Ruzie untuk mendapat penjelasan lanjut mengenai isu yang semakin hangat dan terus diperkatakan.



Bagaimanapun dengan keadaan Aidil sekarang?

Ruzie: Saya tak nak komen tentang Aidil. Tapi, apa yang saya tahu, dia sekarang berada di Kuala Lumpur dan menjalankan tugasnya seperti biasa.



Apakah reaksi anda sekeluarga setelah membaca kenyataan yang dikeluarkan Rita?

Ruzie: Biarlah, dia mahu keluarkan apa-apa kenyataan sekali pun, menyalak bukit ke apa ke saya tidak kisah kerana jika saya beritahu hal yang sebenarnya pun ia tidak akan mengubah apa-apa yang telah terjadi.



Boleh jelaskan bagaimana hubungan sebenar keluarga anda dengan Rita?

Ruzie: Saya memang tak nak komen tentang perkara ini. Sebab kalau saya cakap terlalu banyak nanti ada sahaja orang yang akan mempersoalkan kembali statement yang saya keluarkan. Jadi ada baiknya saya tutup mulut.



Apakah keluarga anda sendiri memang tidak mahu berbaik dengan Rita dan sampai bila hubungan dingin ini akan berlarutan?

Ruzie: Perkara ini sepatutnya ditanya kepada Rita. Sepanjang dua tahun dia berkahwin dengan Aidil apa usaha yang dia lakukan untuk berbaik dengan keluarga kami?

Sudah dua tahun kami cuba usaha damai, kalau setakat nak cerita buruk, tak payahlah. Kalau tak cerita buruk tentang famili saya, timbul cerita buruk tentang suami dia (Aidil) pula.

Semasa dia melahirkan anak, saya dan ayah ada datang menjenguk. Sekarang ini siapa yang tidak mahu berbaik?



Apa komen anda, apabila Aidil dikatakan langsung tidak pulang ke rumahnya sejak lebih sebulan lalu?

Ruzie: Soal Aidil tidak pulang ke rumah atau apa sahaja, ia adalah hal rumah tangganya dengan Rita tidak ada kena-mengena dengan kami sekeluarga.

Tapi, apa yang saya tahu, Aidil itu sentiasa sibuk dan jadualnya sangat padat dengan pelbagai latihan dan aktiviti lain.



Jadi benarlah Aidil tidak pulang ke rumah seperti apa yang didakwa Rita atau keluarga anda sendiri yang tidak benarkan Aidil pulang?

Ruzie: Saya tidak mahu komen apa-apa tentang perkara ini. Itu kena tanyakan sendiri dengan Aidil dan kami tidak ambil tahu sama ada Aidil pulang ke rumahnya atau tidak. Itu hanya Aidil sahaja yang tahu.



Setelah apa yang berlaku, masih ada harapan untuk berbaik dengan Rita?

Ruzie: Kalau sebagai famili, sudah pastinya saya berharap perkara yang baik. Kalau betul-betul nak berbaik, datanglah berbincang. Kalau setakat buat kenyataan dalam akhbar, itu bukan dapat selesaikan masalah, tetapi lagi mengeruhkan keadaan.

1 comment:

  1. aduhaii rita... patutlaaa pernah jadi janda dulu.. sbb dgr dgr nya. dulu jadi jan pun sebab perangai dan mulut nya..
    aduhaii rita... kenapa x belajar dari kesilapan....kalo dah kawin 2 kali maknanya x tau asam garam rumahtngaa..
    poyooo tul.. jangnlaa dok jaja citer asben citer rumahtangga kat org..

    ReplyDelete

Tinggalkan Komen Anda Sini: