Friday, October 8, 2010

Pemburu haram berdepan hukuman berat

GOPENG – Rang Undang-Undang Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 yang dibentangkan April lalu akan dikuatkuasakan mulai akhir tahun ini, kata Menteri Sumber Manusia dan Alam Sekitar, Datuk Seri Douglas Unggah Embas.

Beliau berkata, penguatkua- saan undang-undang itu me- nyaksikan hukuman lebih tegas akan dikenakan ke atas pemburu hidupan liar yang dikategorikan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan).

Menurutnya, rang undang-undang yang dipinda daripada Akta Perlindungan Hidupan Liar 1972 itu juga menyediakan hukuman yang lebih berat terhadap pemburu haram yang masih terus aktif menjalankan aktiviti pemburuan.

“Rang undang-undang sebelum ini sudah ada, tetapi didapati lemah dari segi penguatkuasaan, selain ada kelonggaran dalam aktanya.

“Oleh itu, kita akan sediakan peraturan-peraturan tertentu supaya semua pemburu pemburu haram ini mendapat hukuman yang lebih setimpal,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pusat Pengujian Asap Kenderaan Jabatan Alam Sekitar (JAS) negeri di sini, semalam.

Hadir sama, Ketua Pengarah JAS, Datuk Rosnani Ibrahim, Pengarah JAS Negeri, Abu Hassan Mohd Isa dan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kerajaan Tempatan, Hal Ehwal Pengguna, Alam Sekitar, Pengangkutan dan Hal Ehwal Bukan Islam Negeri, Datuk Dr Mah Hang Soon.

Douglas berkata, di bawah undang-undang baru itu, sesiapa sahaja yang memburu atau ada menyimpan haiwan liar dilindungi boleh didenda sehingga RM100,000, berbanding denda RM5,000 sebelum ini.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: