![]() |
| Mohd. Azhari Jemaon menunjukkan pelbagai jenis Supremo Donuts. |
SANTAI dan rehat sambil menikmati hidangan secawan teh dan juga beberapa jenis kuih sudah seperti menjadi satu trend di kalangan masyarakat tempatan hari ini.
Tambahan pula hari ini kedai kopi moden semakin banyak, sekali gus menyenangkan sesiapa sahaja untuk menikmati secawan teh mahupun kuih sebagai pelapik perut.
Untuk itu, bagi mereka yang gemar menikmati sepiring donut, roti, bun dan juga secawan kopi, apa kata kunjungi Supremo Donuts & Coffee yang terletak di 46A, Jalan 3/70, Seksyen 3, Bandar Baru Bangi, Selangor.
Selain donut, ia turut menawarkan hidangan masakan Barat seperti burger daging dan ayam, stik daging lembu serta kambing, chicken chop, fish n' chip dan pelbagai pilihan spaghetti.
Bagi donut dan roti pula, Supremo Donuts & Coffee menyediakan lebih 15 jenis donut di mana ia diletakkan di bawah tiga kategori iaitu ring donut, bismark donut dan shell donut.
Menurut Pengarah Urusannya, Mohd. Azhari Jemaon, 37, Supremo Donuts & Coffee mungkin dilihat sebagai sebuah kedai donut yang sama dengan kedai-kedai donut yang lain.
Namun, yang menjadikannya lebih istimewa ialah kopi yang dihidangkan diimport dari Jamaica.
''Lazimnya, para pelanggan yang menikmati hidangan sepiring donut, roti mahupun bun, mereka pasti akan menikmatinya bersama-sama kopi Jamaica Blue Mountain.
''Selain rasanya yang sedap, kopi ini juga tidak terlalu 'keras' dan ia boleh dinikmati tanpa mengira masa," katanya yang mengakui Supremo Donuts & Coffee merupakan resipi dihasilkan sendiri.
Walaupun baru memulakan perniagaannya pada bulan Jun lalu, pemegang diploma lanjutan dalam bidang Kejuruteraan Elektrikal dari Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam itu berjaya membuka tiga cawangan iaitu di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangunan Telekom Malaysia, Kolej Politek Mara serta Universiti Sains Islam Malaysia.
Mengulas lanjut mengenai perniagaannya, menurut Mohd. Azhari, dia menggunakan pengalaman yang ada sebelum ini untuk menjalankan sendiri kerja-kerja pemilihan menu serta dekorasi kedai.
Mohd. Azhari sendiri berjaya mengilhamkan dekorasi yang cukup untuk menarik pelanggan mengunjungi kedainya.
Katanya, pengalaman berada di rantau orang selama 11 tahun sedikit sebanyak turut membantunya mengendalikan Supreme Donuts & Coffee.
''Apa yang penting dalam mengendalikan perniagaan berasaskan makanan ini ialah memastikan kualiti sentiasa berada ditahap tertinggi dan sedap apabila dimakan,'' ujarnya.
Supremo Donuts & Coffee dibuka dari pukul 10.30 pagi hingga 12 tengah malam setiap hari kecuali Isnin dan setiap Jumaat perniagaan bermula dari pukul 2.30 petang hingga 12.30 tengah malam.

Salam bro,
ReplyDeleteNi kawe semasa di Ericsson Shah Alam dulu, apa no. hp anda sekarang.