Tuesday, October 19, 2010

Personaliti Juliana pikat hati


Juliana Md Saman


GAYA percakapannya meyakinkan, tidak teragak-agak dan air muka sentiasa manis. Solekan Juliana Md Saman, 25, juga sederhanam tidak terlalu garang dan tidak juga terlalu ringkas. Apa yang penting bagi gadis itu adalah kesesuaian majlis yang dihadiri. Tidak hairanlah ramai yang terpikat dengan personalitinya.

Selain mengamalkan rutin penjagaan wajah seperti pembersih, penyegar dan pelembap, Juliana tidak lupa melakukan aktiviti fizikal.

Seperti kebanyakan wanita muda lain, anak kelahiran Pahang ini gemar menari untuk menjaga bentuk badan.

“Sebagai wanita, penjagaan kecantikan meliputi wajah dan tubuh badan. Jika ada kelapangan, saya akan menari. Ia dapat mengurangkan tekanan saya sambil mengeluarkan peluh,” ujarnya yang meminati minyak wangi.

Haruman One Drop Perfumes yang diperkenalkan rakan serumahnya memudahkan beliau menukar haruman setiap hari mengikut tema.

Sebagai wanita, Juliana mengakui dia gemarkan haruman untuk menjaga penampilan.

Bertugas sebagai setiausaha di sebuah syarikat di KLCC, Kuala Lumpur, Juliana tidak mengabaikan cita-citanya.

Biar pun tidak berkesempatan melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi, Juliana pernah tidak berputus asa.

Dia mengambil keputusan mengambil Diploma Eksekutif Pengurusan.

“Saya ingin menjadi wanita yang berjaya dan berpengetahuan. Suatu hari nanti saya mahu membuka sebuah butik dan label pakaian sendiri. Sejak remaja, saya memang meminati fesyen. Selepas diploma ini, saya mahu melanjutkan pula pelajaran dalam bidang fesyen,” ungkap Juliana yang meminati fesyen ringkas tetapi elegan.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: