Tuesday, October 19, 2010

Pengacaraan pilihan Sofea




SOFEA Nur Solehha Tun Nor Idris lambang gadis kota yang lincah dan bijak bergaya. Tanpa perlu disuruh, anak kacukan Melayu dan Cina ini terus beraksi memudahkan urusan jurukamera.

BERUSIA 21 tahun, anak jati Kuala Lumpur ini baru sahaja menamatkan pengajian peringkat diploma dalam bidang penyiaran.

Sofea menyimpan cita-cita yang besar untuk bergelar penyampai berita atau pengacara berjaya suatu hari nanti.

“Saya meminati bidang media sejak dari kecil lagi. Kerana itu selepas tamat belajar, saya terus memilih untuk menyambung pelajaran di Universiti Tunku Abdul Rahman,” katanya.

Merancang untuk pergi jauh dalam lapangan tersebut, Sofea sangat berharap agar dia dapat menyambung pengajian peringkat ijazah dalam bidang kewartawanan awal tahun depan.

Menurutnya, bidang tersebut sangat menarik dan mencabar keupayaan seseorang. Sofea juga pernah terpilih sebagai finalis pengacara sebuah rancangan popular baru-baru ini.

Melihat kepada aksinya yang tidak kekok di depan kamera, gadis ini mengakui dia sudah terlibat dalam bidang peragaan sejak empat tahun yang lalu.

“Semuanya berlaku secara spontan. Seorang jurugambar hanya meminta saya menjayakan sesi fotografinya, selepas itu saya terus menerima tawaran demi tawaran,” katanya.

Sangat gembira menerima pelawaan beraksi dalam ruangan Citra Wanita, Sofea diberi sekotak wangian One Drop Perfume berwarna merah jambu.

“Harumannya tahan lama dan koleksinya juga menarik,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: