Tuesday, October 5, 2010

Nurul pencinta muzik gamelan




Tidak melepaskan peluang yang ada di universiti, Nurul gemar menyertai pelbagai aktiviti.

Selain mengisi masa lapang dengan membeli-belah dan bersiar-siar, Nurul merupakan ahli kelab tarian dan gamelan.

"Semasa di peringkat sekolah dulu, saya memang minat menari dan bermain muzik tradisional. Setibanya di sini saya tiada masalah menyesuaikan diri dengan aktiviti kebudayaan kerana ia sudah sebati dalam diri saya. Misalnya, persembahan muzik gamelan mempunyai stail, gaya dan cara tradisional yang unik. Sebab itulah saya menyintai muzik ini," ujar anak kelahiran Johor ini.

Di sebalik kepetahan Nurul berbicara, dia berkongsi penjagaan kecantikannya.

Selain memastikan peribadi sentiasa terjaga, Nurul juga mengutamakan penjagaan penjagaan kulit.

Sebagai remaja yang meningkat dewasa, Nurul akan memastikan dia membersihkan solekan sebelum tidur dan mengamalkan pemakanan jamu.

"Saya minat membeli-belah khususnya baju-baju terkini. Saya juga suka menyolek wajah. Pendek kata, saya amat menitik beratkan tentang penampilan dan kecantikan," jelasnya.

Tidak pernah melupakan aspek wangian diri, Nurul sukakan haruman manis dan segar seperti buah-buahan.

Baginya, wangian seperti One Drop Perfumes mempunyai kelebihan kerana tahan lama.

"Mereka yang beragama Islam juga lebih mudah memakai wangian ini kerana tidak perlu lagi was-was," bicara remaja yang berjinak-jinak sebagai model iklan sampingan ini.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: