
Mekah di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Sepang semalam.
SEPANG – Malaysia Airlines (MAS) melalui Jabatan Haji dan Sewa Khas, MAS Charter, kini menambah bilangan tempat duduk yang lebih selesa dalam pesawat B747-400 yang akan membawa jemaah haji Malaysia ke Tanah Suci Mekah bermula 9 Oktober ini.
Naib Presiden Jabatan Haji dan Sewa Khas, Kapten Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain berkata, penambahbaikan itu melibatkan peningkatan kapasiti tempat duduk kepada 454 daripada 359 tempat duduk sebelum ini.
“Ini bermakna daripada kapasiti 359 tempat duduk dalam konfigurasi tiga kelas iaitu ekonomi, perniagaan dan pertama, pesawat ini boleh memuatkan 454 penumpang yang termasuk 12 di kelas pertama dan selebihnya di kelas ekonomi.
“Pendorong utama langkah ini diambil ialah untuk memenuhi keperluan jemaah yang inginkan perkhidmatan yang mementingkan keselamatan dan jadual penjalanan yang baik dan tempat duduk dengan keselesaan yang mencukupi pada harga yang berpatutan,” katanya pada sidang akhbar selepas majlis pengenalan pesawat tersebut di sini semalam.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: