Wednesday, October 6, 2010

GRO cuba lari dicekup patah kaki terjun hotel


SEORANG GRO warga China yang patah kaki dan terseliuh pinggang selepas terjun dari tingkat satu sebuah hotel menerima rawatan di dalam ambulans di Kota Bharu semalam.


KOTA BHARU - Tindakan nekad seorang pegawai perhubungan pelanggan (GRO) warga China terjun dari tingkat satu sebuah hotel di Jalan Sri Cemerlang di sini kerana mahu meloloskan diri daripada pihak Imigresen menyebabkan kakinya patah dan terseliuh di bahagian pinggang.

Dalam serbuan oleh sepasukan pegawai Jabatan Imigresen Kelantan kira-kira pukul 11 pagi semalam, GRO yang berusia 37 tahun itu pada mulanya ditahan dalam keadaan separuh bogel di dalam bilik hotel tersebut.

Wanita itu kemudiannya meminta kebenaran untuk ke tandas bagi menukar pakaiannya sebelum bertindak terjun dari tingkat satu hotel itu.

Timbalan Penolong Pengarah Imigresen, Mohd. Hasimi Musa berkata, GRO itu telah dikejarkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk mendapatkan rawatan lanjut.

"Kami turut menyerbu sebuah lagi bilik dan berjaya menahan dua orang GRO yang juga berasal dari negara China, masing-masing berusia 22 dan 30-an.

"Kedua-duanya adalah rakan kepada wanita yang terjun dari tingkat satu tersebut dan mereka yang menginap di hotel itu sejak 23 September lalu didapati menyalahgunakan pas lawatan sosial," katanya ketika ditemui semalam.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: