Sunday, October 17, 2010

I Tarj robot istimewa

KOMPUTER pelbagai guna terutamanya menterjemahkan perkataan rumi ke jawi sebelum ini tidak pernah terlintas difikiran mampu dihasilkan oleh individu kreatif dan berkemahiran tinggi dalam bidang berkenaan terutamanya oleh anak muda yang masih berada dibangku sekolah lagi.

FUNGSI...Wan Abdul Hamid (dua dari kiri) diberi penerangan mengenai fungsi I Tarj oleh Kamaruzaman sambil diperhatikan oleh Bahtiar (tengah).
FUNGSI...Wan Abdul Hamid (dua dari kiri) diberi penerangan mengenai fungsi I Tarj oleh Kamaruzaman sambil diperhatikan oleh Bahtiar (tengah).
.pics { height: 300px; width: 300px; padding: 0pt; margin: 0pt; }.pics img { padding: 3px; border: 1px solid rgb(204, 204, 204); background-color: rgb(238, 238, 238); width: 300px; height: 300px; top: 0pt; left: 0pt; } Kamaruzaman dan Aisyah bersama hadiah kemenangan peringkat kebangsaan. BEGINI...Ahmad Bushra (tengah) menjalankan kerja meningkatkan kemampuan I Tarj ambil diperhatikan ahli pasukan SHAKS. BEGINI...Ahmad Bushra (tengah) menjalankan kerja meningkatkan kemampuan I Tarj ambil diperhatikan ahli pasukan SHAKS. CUBA...rakan-rakan juga tertarik dengan kemampuan I Tarj. CUBA...rakan-rakan juga tertarik dengan kemampuan I Tarj.
BEGINI...Ahmad Bushra (tengah) menjalankan kerja meningkatkan kemampuan I Tarj ambil diperhatikan ahli pasukan SHAKS.




Cover ~ GIGIS


HEADING COVER: Tiga cipta robot pintar
HEADING DALAM: I Tarj robot istimewa
INTRO: Mampu menterjemah perkataan rumi kepada jawi Namun, tiga pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultanah Hajjah Kalsom (SHAKS) yang masing-masing baru berusia 14 tahun berjaya membuktikan keupayaan mereka dengan mencipta robot pintar yang mampu menterjemah perkataan rumi kepada jawi itu.

Kebolehan robot diberi nama I Tarj itu sekali gus berjaya menobatkan sekolah mereka sebagai juara pertandingan robotik kategori sekolah menengah rendah peringkat kebangsaan di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Kejayaan itu melayakkan pasukan berkenaan yang dianggotai tiga pelajar tingkatan dua dibantu seorang guru mewakili negara ke pertandingan robotik dunia di Manila, Filipina, bulan depan.

Pencapaian membanggakan itu menyusul selepas mereka mewakili negara pada pertandingan yang sama di Jepun dua tahun lalu dengan menyandarkan ciptaan robot bot yang berupaya menyedut tumpahan minyak di sungai, tasik dan kolam.

Dengan tema pelancongan, kumpulan berkenaan sekali lagi tampil menaruh harapan ciptaan robot yang diperbuat daripada permainan Lego mencatat keputusan membanggakan bersaing dengan pasukan dari beberapa negara.

Tiga pelajar SHAKS yang terbabit menghasilkan robot I Tarj berkenaan adalah adalah Kamaruzaman Mohd Hashim, Nor Athirah Mohd Zaradi dan Nuur Aisyah Mat Saman, mereka turut dibantu guru pembimbing, Ahmad Bushra Abdul Rahman.

Ahmad Bushra yang berpengalaman luas dalam bidang rekaan, berkata dia dan pelajarnya mengambil masa lebih sebulan untuk mencipta robot yang berupaya membantu pelancong terutama negara Asia Barat menterjemah perkataan rumi kepada jawi.

Menurutnya, dengan menggunakan komputer sebagai produk utama dan permainan Lego, robot berkenaan bukan saja mudah digunakan tetapi juga cepat menghasilkan terjemahan kepada perkataan jawi.

Katanya, perbelanjaan lebih RM5,000 digunakan untuk menghasilkan robot I Tarj yang pertama di dunia dihasilkan menggunakan permainan Lego.

"Sebelum bersaing di peringkat antarabangsa saya dan pelajar akan berusaha mengadakan beberapa kajian bagi menambah baik apa yang ada, kita tidak mahu masalah berlaku sehingga menjejaskan persembahan.

"Kita juga akan berusaha untuk membolehkan robot I Tarj melakukan dua tugas iaitu menterjemahkan perkataan jawi kepada rumi selepas kejayaan menterjemah rumi kepada jawi," katanya.

Menurutnya, sekiranya usaha membolehkan robot berkenaan melakukan dua tugas iaitu menterjemah perkataan rumi kepada jawi dan jawi kepada rumi, peluang untuk merangkul kejayaan di pentas antarabangsa akan menjadi kenyataan.

Ahmad Bushra berkata, pihaknya mendapat sokongan padu daripada beberapa pensyarah Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (Polisas) yang mempunyai kepakaran dalam bidang elektronik selain pelbagai kemudahan lain.

Ketua kumpulan pasukan berkenaan, Kamaruzaman pula berkata mereka mengambil masa sehingga 12 jam sehari untuk menghasilkan robot berkenaan yang sesuai digunakan oleh pelancong Asia Barat.


Menurutnya, lima set Lego digunakan untuk menghasilkan I Tarj yang mudah digunakan selain cepat menterjemah perkataan jawi kepada rumi, selain digunakan oleh pelancong robot ini juga sesuai untuk pelajar sekolah.

"Saya berharap peluang bertanding pada pertandingan robotik dunia di Filipina bulan depan akan memberi kejayaan membanggakan kepada negara seterusnya pihak sekolah yang banyak memberi sokongan.

"Baki masa yang ada kini digunakan untuk menambah baik robot I Tarj bagi mencerahkan lagi peluang melakar kejayaan membanggakan kepada semua pihak," katanya yang sememangnya meminati bidang rekaan.

Pengetua SHAKS, Bahtiar Sanusi berkata, selepas berjaya menewaskan 30 pasukan di peringkat kebangsaan, kini cabaran di pentas antarabangsa dijangka lebih hebat dan mendebarkan.

"Selain usaha menambah baik robot yang ada, saya juga berharap peserta dapat memberi tumpuan kepada beberapa perkara seperti alat ganti yang boleh menjejaskan persembahan ketika pertandingan diadakan.

"Sejarah hitam robot tidak mampu berfungsi dengan lancar pada pertandingan peringkat kebangsaan tahun lalu memberi pengajaran berguna untuk kita tidak mengulanginya," katanya.

Sementara itu, Pegawai Pelajaran Kuantan, Wan Abdul Hamid Wan Muhamad berkata, pihaknya berbangga dengan pencapaian SHAKS selepas kali kedua terpilih mewakili negara pada pertandingan robotik dunia.

"Pencapaian SHAKS diharap menjadi contoh dan ikutan kepada sekolah lain di daerah ini untuk turut sama melakar kecemerlangan dalam bidang kokurikulum seperti sukan, rekaan dan pasukan beruniform.

"Bantuan yang sesuai akan diberikan kepada sekolah yang berjaya mencipta nama di peringkat kebangsaan dan antarabangsa," katanya yang berharap pasukan SHAKS berjaya di Filipina nanti.

INFO

  • SHAKS terletak kira-kira sembilan kilometer dari bandar Kuantan
  • Dibuka pada 2002
  • Pencapaian terbaik mewakili negara ke Pertandingan Robotik Dunia di Jepun pada 2008
  • SHAKS dikategorikan sekolah bestari
  • Mempunyai seramai 592 pelajar dan 61 guru


    >PROFIL
    NAMA: Kamaruzaman Mohd Hashim
    UMUR: 14 tahun
    ASAL: Kuantan, Pahang
    PENDIDIKAN: Tingkatan dua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultanah Hajjah Kalsom, Kuantan
    HOBI: Melukis dan mekanik robot
    CITA-CITA: Jurutera
    PENCAPAIN: Anggota pasukan yang menjuarai Pertandingan Robotik Peringkat Kebangsaan 2010

    > PROFIL
    NAMA: Nor Athirah Mohd Zaradi
    UMUR: 14 tahun
    ASAL: Kuantan, Pahang
    PENDIDIKAN: Tingkatan dua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultanah Hajjah Kalsom, Kuantan
    HOBI: membaca dan layar Internet
    CITA-CITA: Saintis
    PENCAPAIN: Anggota pasukan yang menjuarai Pertandingan Robotik Peringkat Kebangsaan 2010

    >PROFIL
    NAMA: Nuur Aisyah Mata Saman
    UMUR: 14 tahun
    ASAL: Kuantan, Pahang
    PENDIDIKAN: Tingkatan dua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultanah Hajjah Kalsom, Kuantan
    HOBI: Membaca komik
    CITA-CITA: Jurutera
    PENCAPAIN: Anggota pasukan yang menjuarai Pertandingan Robotik Peringkat Kebangsaan 2010
  • No comments:

    Post a Comment

    Tinggalkan Komen Anda Sini: