Friday, October 8, 2010

Geng kongsi gelap mati ditembak


Mayat lelaki mati ditembak ditutup oleh anggota polis di Taman Rozhan, Alma di Bukit Mertajam semalam.


BUKIT MERTAJAM - Seorang penjenayah yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kes rampasan dadah bernilai RM3 juta dan enam senjata api di Teluk Bahang baru-baru ini mati dalam kejadian berbalas tembakan dengan polis di Taman Rozhan, Alma di sini malam kelmarin.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Datuk Wan Abdullah Tunku Said berkata, lelaki berusia 37 tahun dan berasal dari Taman Ria Jaya, Sungai Petani, Kedah dan bekerja sebagai penarik kereta itu mati dalam kejadian pada pukul 11.45 malam itu.

"Kejadian itu berlaku sebaik sepasukan anggota polis daripada unit jenayah berat Pulau Pinang menerima maklumat mengenai lelaki terbabit dan cuba menahan suspek di Taman Rozhan.

"Bagaimanapun, lelaki yang memandu kereta jenis BMW warna putih itu bertindak melepaskan beberapa das tembakan ke arah polis sebelum anggota kita membalas dan mengenai mangsa," kata beliau kepada pemberita di sini semalam.

Menurut beliau, tembakan yang dilepaskan polis mengenai lelaki itu menyebabkan dia gagal mengawal keretanya dan merempuh pagar simen sebuah rumah di Taman Rozhan sebelum mati akibat kecederaan parah.

Polis yang memeriksa kereta BMW itu menemui sepucuk revolver .38 yang berisi tiga butir peluru hidup dan dua kelongsong peluru yang telah digunakan.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: