Tuesday, October 19, 2010

Asrama mudahkan pembelajaran

Bagi golongan yang memerlukan, menerima bantuan ibarat 'orang mengantuk disorongkan bantal'. Lebih-lebih lagi kepada para penuntut Malaysia yang berada di Kaherah, Mesir.

Bantuan dalam bentuk penginapan di Asrama Rumah Wilayah Persekutuan (ARWP) yang dibeli oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) ini amat bermakna kepada 105 penuntut yang menghuni di situ.

Sementelahan, inisiatif awal kewujudan ARWP ini datangnya daripada gerakan oleh anak-anak Wilayah Persekutuan melalui Badan Kebajikan Anak Kuala Lumpur Mesir yang kini dikenali Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) pada Oktober 2006.

Alhamdulillah, sejak 10 Mac 2009, ARWP sudah mula beroperasi dan menjadi tempat berteduh bagi 105 pelajar Wilayah Persekutuan.

Biarpun, negeri-negeri lain sudah pun memiliki rumah Anak Negeri masing-masing, kewujudan ARWP amat dinanti-nantikan oleh 444 penuntut Wilayah Persekutuan di Mesir.

Daripada jumlah itu, seramai 159 orang sedang mengikuti pelbagai pengajian di Kaherah.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: