|
Ramai artis popular memeriahkan majlis open house Aidlfitri bertema Glamor Raya anjuran Utusan Karya Sdn. Bhd. (UKSB) di pejabat UKSB, Bandar Baru Bangi, Selangor, Khamis lalu. Antara yang hadir Mawi, Ikin, Rosyam Nor, Farahdhiya, Dafi, Reza Hasbi, Syed Ali, Maya, Aizat, Nisha Dirr, Norish Karman, Riz, Imran Ajmain, Shila Amzah, Fazli Zainal, Arrora, Ali Mamak, Haziq, Zur Eda, Azam Pitt, Roslan Shah, Ryzal Jaafar, Farawahida, Anding, Rizu, Amran, Chomell Fana, Boy Norul Iman, Adilla dan ramai lagi. Chef Zam dan Haiza bertindak sebagai pengacara majlis. Artis-artis juga tidak ketinggalan mengalunkan lagu masing-masin ![]() Mawi dan Ikin dihimpit warga glamor UKSB Ada yang menyanyi secara sukareka dan tak kurang juga yang dipaksa dalam rela. Maksudnya mereka dipanggil naik ke pentas tanpa diberitahu terlebih awal. Kakitangan baru juga didera mengadakan persembahan oleh dua pengacara kecoh. Gamat jadinya apabila ada yang kena berlakon, menyanyi dan menari. Paling hot bila ada wartawan lelaki yang dijelmakan sebagai wanita untuk menggoda wartawan lelaki lain. Sporting juga kakitangan UKSB. ![]() Dafi dan Shila... semakin hari semakin mesra ![]() Aizat diminati di mana jua muncul. Walaupun dibuat di pejabat, tapi hasil sentuhan kreatif ahli jawatankuasa Kelab Sukan dan Rekreasi UKSB, dewan makan dan ruang sekeliling tampak glamor sebagai memenuhi tema majlis. ![]() Zizan bersama mangsa dera, Rose dan Ninie Ada juga kakitangan yang memberi sumbangan peribadi serta menyediakan juadah untuk tetamu. Sesuai dengan temanya, seorang petugas lelaki dan wanita dinobatkan sebagai ratu dan raja glamor dengan pakaian raya yang paling glamor pada majlis tersebut. Akhirnya juri memilih Pengarang Kanan Unit Majalah Umum, Zulkarnain Zakaria dan Penolong Pengarang URTV, Nozeha Kasbi sebagai pemenang. ![]() Haiza dan Haziq
![]() Dafi macam gula.
|
Friday, October 8, 2010
Artis popular meriahkan open house UKSB
Subscribe to:
Post Comments (Atom)







No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: