Friday, August 27, 2010

'Terkejut mama, papa balik'

AMIRUL Rizal Mahadi (tengah), bersama adik-adiknya membaca kisah mereka di Kampung Tengah, Kuala Krai, semalam. - Foto Zaman Huri Isa
AMIRUL Rizal Mahadi (tengah), bersama adik-adiknya membaca kisah mereka di Kampung Tengah, Kuala Krai, semalam. - Foto Zaman Huri Isa
7 beradik tak sabar tunggu kepulangan ibu bapa, adik baru

KUALA KRAI: Tujuh daripada sembilan beradik yang ditinggalkan pasangan suami isteri, Mahadi Che Mansor, 31, dan isteri, Kasmaliza Kassim, 29, hampir setahun lalu, begitu gembira apabila mendapat tahu ibu bapa mereka berjaya dikesan dan berhasrat pulang untuk berhari raya bersama.Anak keempat pasangan itu, Natasha Emilia, 9, hanya mampu tersenyum selepas diberitahu datuknya, Kassim Mat Diah, 55, mengenai khabar itu, malam kelmarin, selepas dihubungi oleh Berita Harian.“Mulanya saya tak percaya dengan berita yang dikhabarkan abah (panggilan kepada Kassim) semalam, namun selepas membaca Berita Harian hari ini, saya begitu terkejut.

“Saya tak sangka selepas setahun mama dan papa tinggalkan kami, adik beradik kami turut bertambah. Saya memang terkejut,” katanya.

Ibu saudara kepada sembilan beradik itu, Nur Ain Kassim, 21, berkata beliau amat berharap agar kakak (Kasmaliza) dapat pulang ke kampung dan menjaga anak-anaknya.

“Apabila mendapat tahu mengenai kedudukan mereka malam tadi, kami berpendapat keputusan terbaik ialah kakak sepatutnya pulang ke kampung menjaga anak-anaknya, sementara abang ipar terus bekerja di sana supaya dapat menyara keluarga mereka.
“Cara itu akan membolehkan anak-anak mereka terus mendapat perhatian dan kasih-sayang sambil menjalani kehidupan sama seperti kanak-kanak lain,” katanya ketika ditemui di Kampung Tengah, di sini, semalam.

Nur Ain berkata, kakaknya tidak perlu risau untuk pulang kerana boleh tinggal di rumah itu kembali, selain dapat bersama-sama anak yang ditinggalkan hampir setahun.

“Kami boleh terima mereka asalkan sanggup berubah dan tidak meninggalkan anak-anaknya terbiar seperti ini,” katanya.

Nur Ain berkata, dia dan kakaknya, Kasmarini, 24, mungkin tidak mampu menjaga tujuh beradik di rumah itu pada masa depan kerana masing-masing sedang mencari pekerjaan yang sesuai selepas tamat pengajian.

“Sejak Mei lalu, saya dan kakak tidur di rumah ini sambil menjaga kebajikan semua anak saudara, termasuk memasak dan membasuh pakaian mereka.

“Sejak Kak Ija dan Pudin menghilangkan diri, abah (Kassim) yang menjaga tujuh beradik ini pada waktu malam, manakala nenek memasak,” katanya.

2 comments:

  1. inilah melayu.....buat anak byk2 mmg pandai tapi tak pandai bertanggungjawab....

    ReplyDelete
  2. Apa punya org! Tak layak langsung jadi mak bapak! Tinggal anak mcm tu ja, da tu pandai buat yg lain..ish..
    bela la dulu nasib anak2 yg sedia ada!
    Sekolahkan, jaga makan pakai!
    Nafkah bapa untuk mana!
    Go for QUALITY not QUANTITY!

    ReplyDelete

Tinggalkan Komen Anda Sini: