|
|
SANGGUPKAH anda makan kasut, beg atau lilin? Rasanya manusia yang waras tidak sanggup melakukan kerja gila itu. Namun jika ada yang mempunyai halusinasi seperti itu, jangan risau kerana anda boleh berbuat demikian dengan menikmati pelbagai jenis kek yang menyerupai kasut, lilin, beg tangan atau apa saja barangan koleksi yang menjadi kegemaran anda.
Kek-kek yang diilhamkan secara eksklusif oleh D Flowers Cake, sebuah bakeri milik Bumiputera itu sememangnya mampu memenuhi selera mata dan tekak anda. Menariknya bakeri tersebut telah pun menerima status premis dan produk halal sejak Jun lalu.
Kek yang dikategorikan dalam kek-kek novelty sentuhan D Flowers Cake dijamin enak, dihias secara kemas dan penuh ketelitian, kreatif dan mendapat sentuhan seni daripada pemilik bakeri, Zanifah Md.Nor, 42. Beliau mempunyai pengalaman lebih 10 tahun dalam seni hiasan kek.
Kek-kek istimewa itu kebanyakannya ditempah sebagai kek hantaran perkahwinan, kek hari jadi, kek keraian untuk sesiapa orang tersayang. Selain kek novelty, pelanggan juga boleh membuat tempahan untuk kek berkrim lembut, cup cake, mafin, kek continental, ban dan sebagainya. Kek ini boleh ditempah secara online melalui e-mail (dflower_cake@yahoo.com.my) atau facebook ( Zanifah Md. Nor) atau blog (dflowerscake.blogspot.com).
"Menghias kek menggunakan krim mentega lebih mencabar kerana krim tersebut mudah comot, cair serta kadangkala sukar dibentuk.
"Berbanding aising fondant, kek jenis ini mudah dihasilkan serta tahan lasak. Justeru tidak hairanlah mengapa kek fondant boleh diterokai oleh sesiapa sahaja yang berminat kerana ia umpama bermain plastesin,'' ujarnya.
Cuma mengambil masa beberapa jam sahaja bagi menghasilkan setiap tempahan pelanggan, Zanifah amat cerewet dengan hasil kerjanya.
"Sebaik tempahan diterima, saya akan mengkaji watak atau rupa asal barangan tersebut daripada Internet. Jika ia melibatkan watak kegemaran kanak-kanak, anak-anaklah yang akan menjadi penasihat,"' jelasnya.
Namun jika ia melibatkan produk bernilai tinggi, banyaklah teman atau laman web yang akan menjadi rujukannya.
Disebabkan keunikan kek-kek ini, tidak hairanlah ia dijual berdasarkan nilai seni dan bukan berat kek. Bermula dengan harga RM250, kek-kek sentuhan D Flowers Cake mendapat sambutan hangat daripada golongan sederhana dan atasan. Apatah lagi, syarikat ini turut menyediakan perkhidmatan penghantaran dengan caj berpatutan untuk pelanggan yang jauh.
Tempahan terbuka bagi semua kategori kek untuk individu atau syarikat korporat.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: