Sunday, August 1, 2010

Gaya retro semakin popular


Gabungan koleksi gaun retro oleh Carven Ong dengan solekan ala retro oleh Lancome antara inspirasi fesyen tahun ini.


SEAKAN berada di Paris, para jelitawan mengayakan koleksi retro dengan sentuhan moden tanpa mengetepikan gaya anggun.

Bertemakan French Coquettes, koleksi warna yang diketengahkan bersumberkan sejarah seni bina Perancis yang lari daripada kelaziman.

Gaya avantgarde lebih dikenali sebagai retro. Ia semakin digilai pada era ini lantaran trend pereka fesyen merujuk kembali kepada fesyen-fesyen lama yang pernah menggemparkan zaman.

Perubahan ketara dalam dunia fesyen berlaku pada antara 1870 dan 1920 sehingga mewujudkan dua era yang berbeza.

Transisi zaman ini mengutamakan kebebasan dengan merubah corak pakaian bengkung gaun berlapis kepada Charleston yang lebih ringan beralun.

Berdasarkan idea tersebut, French Coquettes rekaan De Mey menampilkan rekaan yang menggambarkan wanita berani mengecap kebebasan dengan identiti baru.

Ia merupakan batu loncatan untuk mempamerkan keyakinan dalam gaya, pakaian, rambut, solekan dan apa sahaja yang dilakukan.

Lancome yakin inspirasi kecantikan wanita era 1870-an hingga 1920-an mampu muncul sebagai trend terkini.

Selain itu, gaya rambut pendek menjadi lambang wanita moden dan berdikari manakala pakaian yang dipilih mempunyai cita rasa avantgarde yang tidak ketinggalan zaman.

Pelancaran

Baru-baru ini, satu pelancaran warna musim luruh 2010 oleh Lancome berlangsung di pusat membeli-belah KLCC.

Gabungan koleksi gaun retro oleh Carven Ong dengan solekan ala retro oleh Lancome antara inspirasi fesyen tahun ini.

Gaun malam ilham fesyen Victoria kurun pertengahan hingga akhir ke-19 di Paris menonjolkan keanggunan ciri kewanitaannya.

Carven mengutamakan seni halus penggunaan renda, reben, manik, kristal dan lisu-lisu berlipat halus.

Selain itu, Folli Follie memperkenalkan set aksesori yang serasi dengan gaya lama di kota Paris. Rekaan terbaru dari Follie menampilkan aksesori seperti rantai, gelang tangan dan subang yang disaluti emas dan perak.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: