Sunday, August 1, 2010

Kempen perayaan One Drop Perfumes


Pengarah Eksekutif One Drop Sdn. Bhd, Zetty Syazlee .


MENJELANG Ramadan, pasti ramai yang risau jika duit poket tidak bertambah. Lebih-lebih lagi pelbagai persiapan hari raya yang ingin dibuat.

Justeru itu, pengimport dan pengeluar minyak wangi tanpa alkohol terbesar, One Drop Perfumes mengadakan kempen Badan Wangi Poket Berisi One Drop Perfumes sempena Aidilfitri.

Kempen perayaan yang bermula 1 Julai lalu hingga 30 September ini memperuntukkan RM2 juta untuk diberikan kepada para pengguna One Drop Perfumes dengan hanya pembelian set wangian yang berharga RM40 dan RM45. Melalui kempen perayaan ini, baucer tunai diletakkan dalam set One Drop Perfumes secara rawak dan pengguna yang bertuah berpeluang menikmati sebahagian daripada duit raya tersebut. Mereka yang menebus baucer tunai melalui One Drop Sdn. Bhd akan menerima terus ganjaran berupa wang tunai.

Menurut Pengarah Eksekutif One Drop Sdn.Bhd, Zetty Syazleen Ismail, objektif kempen untuk menghargai pengguna dengan memberi ganjaran kepada para penguna jenama ini.

Ia juga merupakan tarikan kepada mereka yang belum menggunakan One Drop Perfumes.

Kempen ini memberi peluang perniagaan kepada pengedar sedia ada dan mereka yang berminat untuk memulakan perniagaan dengan One Drop Perfumes.

“Kempen perayaan ini dijalankan sebelum Ramadan kerana ingin memberi masa yang lebih panjang kepada para pengedar untuk menggalakkan penjualan mereka. Pengguna juga tidak perlu menunggu sehingga Ramadan untuk mendapatkan wangian dan peluang memenangi duit raya ini.

‘‘Kebiasaannya pada bulan puasa, pengguna akan mencari barangan untuk kelengkapan diri mereka dan mencari pendapatan tambahan kerana kebiasaannya wang akan lebih banyak digunakan sebelum hari raya.

‘‘Jadi ini adalah peluang untuk pengguna mendapatkan wang dengan cara yang sangat mudah dan wang tambahan melalui jualan One Drop Perfumes,” ujarnya.

Maklumat lanjut mengenai kempen perayaan ini boleh didapati melalui talian 03-55180449, laman web rasmi, www.onedropperfumes.com dan facebook.com/onedropperfumes.

Peraduan Citra Wanita

Dalam pada itu, buat julung kalinya, jenama wangian tempatan ini turut mengadakan pencarian One Drop Perfumes Citra Wanita dengan kerjasama Mingguan Malaysia.

Peraduan yang bermula 11 Julai lalu akan berakhir pada 12 September bertujuan mencari wanita berkerjaya sebagai simbol wanita cemerlang.

Menurut Zetty, ia juga bagi mencari wanita yang mempunyai keyakinan diri serta personaliti menarik untuk menjadi inspirasi kepada wanita lain.

“Insya-Allah, peraduan itu saya kira akan mendapat sambutan memandangkan hampir 80 peratus pengedar One Drop sendiri terdiri daripada wanita. Ia terbuka kepada wanita warganegara Malaysia, berkerjaya dan berusia 21 hingga 38 tahun,” katanya.

Berdasarkan sambutan baik diterima menerusi ruangan Citra Wanita yang disiarkan setiap Ahad di Mingguan Malaysia, beliau optimis peraduan ini akan menjadi wadah untuk menghargai wanita yang banyak memberi sumbangan kepada negara.

Hadiah utama yang bakal menanti juara termasuk wang tunai bernilai RM3,000, trofi, set barang kemas sumbangan Tomei, pakej pelancongan dan hamper One Drop Perfumes.

Orang ramai boleh mendapatkan borang penyertaan peraduan di sisipan Kesihatan, Mingguan Malaysia setiap hari Ahad.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: