Tuesday, August 10, 2010

Jubah moden trend terkini


Pakai bersama pakaian dalam panjang atau seluar ketat panjang.


POTONGAN jubah atau kaftan kembali semakin popular pada ketika ini. Ramai pereka fesyen terkenal dan pemilik butik kini menghasilkan rekaan yang terarah kepada potongan tersebut.

Ini dapat disaksikan pada pertunjukan-pertunjukan fesyen yang diadakan sempena menyambut kedatangan hari raya ini di mana kebanyakan rekaan adalah potongan longgar seperti jubah dan kaftan.

Tidak dinafikan pakaian yang berpotongan longgar dan tidak mengikut potongan badan amat selesa dipakai.

Mengikuti arus fesyen semasa, Gedung Al-Habshee turut menghasilkan rekaan jubah potongan moden yang sedang menjadi trend terkini.

Jubah atau jalabia dalam bahasa Arab rekaan eksklusif Gedung Al-Habshee ini sesuai bagi mereka yang bertudung atau tidak. Bagi yang bertudung, boleh memakai jubah yang diperbuat daripada fabrik syifon bersama pakaian dalam yang panjang sementara yang tidak bertudung, boleh menggayakan bersama tiub dan seluar ketat panjang.

Keindahan jubah yang diilhamkan daripada jalabia wanita Kuwait ini terletak pada hiasan sulaman dan manik pada bahagian depan dan hujung lengan baju.

Terdapat dalam beberapa warna seperti merah jambu, kelabu, coklat, merah tua dan hijau, anda juga boleh memilih warna-warna lain yang anda sukai berserta dengan sulaman dan manik yang diingini. Tempahan boleh disiapkan dalam tempoh enam minggu.

Bukan setakat sesuai bagi yang bertubuh langsing, wanita yang bertubuh besar juga berpeluang memakai jubah ini kerana terdapat beberapa saiz bagi wanita yang bersaiz XL, XXL, XXXL dan XXXXL.

Istimewanya Gedung Al-Habshee turut menerima tempahan jubah yang senada untuk kanak-kanak. Bagi si ibu yang mahu anak menggayakan jubah yang seakan-akan sama dengannya, bolehlah menempah agar hari raya anda akan nampak lebih meriah.

1 comment:

Tinggalkan Komen Anda Sini: