Tuesday, August 10, 2010

Serum pulihkan kulit


Dari kiri, Takayuki Ohmura, Syafinas Selamat, Low Ngai Yuen dan Pengurus Besar Shiseido, Ong Chean Chang ketika pelancaran Super Corrective Serum di Kuala Lumpur baru-baru ini.


SETIAP orang akan mengalami perubahan kulit dalam hidup mereka. Walaupun kebanyakan wanita lebih risau tentang kedut pada wajah namun mereka juga akan mengalami masalah lain seperti kehilangan keanjalan kulit, kulit yang suram dan perkara-perkara lain yang berkaitan.

Perubahan yang berkaitan dengan peningkatan umur ini membuatkan wanita benar-benar tidak selesa. Bagi mengurangkan masalah, mereka mendapatkan rawatan spa, suntikan kolagen malah ada yang sanggup menghadapi pembedahan kosmetik.

Bagaimanapun teknologi revolusi terbaru yang diperkenalkan oleh Shiseido dapat menepis prosedur-prosedur tersebut. Super Corrective Serum merupakan formula terbaru yang berkesan bagi memulihkan semula kulit.

Menurut penyelidik penjagaan kulit Shiseido, Takayuki Ohmura, bahan bio yang dicipta secara eksklusif ini mengandungi tiga elemen yang menjadikan kulit nampak muda, iaitu kolagen, elastin dan asid hyaluronic.

''Bahan terbaru ini membantu meningkatkan pengeluaran komponen yang menganjal dan mengekalkan kemudaan.

''Anda dapat merasai kesan Super Corrective Serum sejak pertama kali pemakaian dan kesannya semakin ketara hari demi hari, minggu demi minggu.

''Kira-kira 92 peratus wanita yang memakainya pada hari pertama mendapati kedutan pada wajah mereka semakin rata sementara 100 peratus wanita mendapati kulit mereka semakin anjal,'' kata Takayuki yang ditemui semasa pelancaran Super Corrective Serum di ibu negara baru-baru ini.

Turut hadir ialah dua selebriti yang telah mencuba serum tersebut, iaitu Syafinaz Selamat dan pengacara Low Ngai Yuen.

Manakala 98 peratus wanita yang menggunakan Super Corrective Serum selama satu minggu mengatakan kedut pada kulit semakin tidak kelihatan lagi.

Manakala 97 peratus lagi mendapati kedut ketara pada wajah mereka berkurangan dalam masa tiga minggu manakala 98 peratus lagi melaporkan peningkatan keanjalan kulit.

Beliau menambah, serum tersebut dicipta menggunakan kaedah terbaru dalam rawatan pemulihan kulit yang diinspirasikan daripada sains kecantikan.

Katanya, rawatan pemulihan kosmetik mengekalkan kemudaan kulit dengan membiarkan sel kulit matang sihat.

Teknologi tertentu menggalakkan lapisan kulit berkembang dan hasilnya kulit mengekalkan keanjalan dan ketegangan serta mengurangkan kedutan.

''Daripada kajian yang kami lakukan, 99 peratus wanita yang telah mencuba serum ini berpuas hati dengan kesan anti penuaan yang didapati daripada Super Corrective Serum,'' ujarnya lagi.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: