Sunday, August 1, 2010
Awal akui Scha istimewa di hati
Hubungan cinta antara Awal Ashaari dengan Scha Al-Yahya bukan rahsia lagi di kalangan peminat serta rakan-rakan rapat mereka. Malah mereka juga secara terang-terangan saling membalas mesej berunsur romantik di laman sosial Twitter.
Walaupun pada mulanya masing-masing hanya mengungkap sekadar teman tapi mesra, ataupun sedang mengenali hati budi, namun gambar mesra mereka bercuti di Bali Indonesia baru-baru ini merungkai segalanya.
Awal yang ditemui baru-baru ini mengakui bahawa hubungannya dengan pemenang Dewi Remaja 2006/2007 itu, bukanlah sekadar ‘cinta monyet’ atau hubungan biasa.
“Sebelum ini, saya tidak pernah menafikan ada hubungan dengan Scha. Malah saya pernah menyatakan sedang mengenali seseorang.
“Cuma keadaan tidak mengizinkan saya untuk mengakui secara terang-terangan. Sedangkan ketika itu saya sudah menjalinkan hubungan dengan Scha.
“Apatah lagi Scha sedang melalui situasi sukar di dalam hidupnya dan saya tidak mahu menambah kekeruhan yang sedang berlaku.
“Saya juga tidak mahu Scha menerima saya dalam keadaan tertekan atau pun menjalinkan hubungan ‘ala kadar’. Pastinya saya mahukan perhubungan yang benar-benar ikhlas dan perasaan sayang itu juga lahir dari hati,” jelas Awal yang ditemui di Red Box Sogo, baru-baru ini.
Awal juga mengakui Scha memenuhi kriteria wanita idamannya dan apa yang penting mereka juga serasi dalam banyak perkara. Malah berharap agar perhubungan mereka akan disatukan dengan ikatan perkahwinan.
“Sikap Scha yang pandai berdikari serta tidak terlalu manja membuatkan saya begitu selesa berada di sisinya. Apa yang paling penting dia memenuhi segala ciri-ciri wanita idaman saya.
“Kami pernah merancang ke arah itu (perkahwinan), tetapi kami tidak mahu tergopoh-gapah, apatah lagi hubungan yang di bina masih belum mencecah setahun.
“Banyak perkara yang perlu kami fikirkan, namun apabila masanya telah tiba, saya pasti akan mengumumkan kepada semua,” katanya yang mengakui telah mendapat restu keluarga kedua-dua belah pihak.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
plz lah bosanlah dengan cerita si awal n scha ni yang tah hape2..mengada je ok..
ReplyDelete