Monday, May 18, 2009

Tangguh konsert di Mexico


JONAS BROTHERS


GARA-GARA wabak Influenza A (H1N1) yang merebak ke seluruh dunia saat ini, kumpulan adik-beradik tersohor, Jonas Brothers telah menunda konsert mereka yang dijadualkan berlangsung semalam.

Mexico merupakan antara negara paling teruk dilanda wabak tersebut selepas negara itu dilaporkan menjadi lokasi bermulanya wabak tersebut.

Setakat ini terdapat sebanyak 2,446 kes di Mexico dengan jumlah kematian mencecah 60, yang merupakan angka kematian tertinggi di dunia ketika ini.

"Jonas Brothers yang dianggotai oleh Joe, Nick dan Kevin itu sepatutnya membuat persembahan di Arena Monterrey di Mexico tetapi dalam keadaan sekarang ini, ia terpaksa ditunda," ujar jurucakap Jonas Brothers.

Tambahnya: "Konsert tersebut ditunda kepada 31 Mei ini."

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: