
HUGH JACKMAN kini boleh memandu dengan sah di Amerika Syarikat.
MENERUSI filem-filem lakonannya, termasuk yang sedang hangat ditayangkan ketika ini, X-Men Oringis: Wolverine, Hugh Jackman dilihat sebagai seorang yang sangat berkebolehan memandu.
Namun, dia sebenarnya selama ini tidak boleh memandu di Amerika Syarikat. Jackman sebenarnya berkebolehan memandu tetapi disebabkan ketiadaan masa, dia tidak sempat menjalani ujian memandu di Jabatan Kenderaan Bermotor di New York.
Namun menurut sumber yang memberitahu akhbar New York Daily, Jackman sudah lulus ujian memandu tersebuit.
"Dia berjaya lulus ujian memandu dengan cemerlang dan meraikannya dengan membeli sandwich di gerai berhampiran Jabatan Kenderaan Bermotor di New York," ujar sumber tersebut.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: