
ALOR SETAR – “Saya meraung melihat darah yang begitu banyak keluar daripada kepala cucu saya sebelum dibawa ke hospital.”
Demikian luahan seorang nenek, Lee Siew Eng, 80, mengenai tragedi yang menimpa cucunya, Ooi Sin Yi, 3, setelah dilanggar dengan kereta secara tidak sengaja oleh seorang lagi cucunya yang berusia 25 tahun, juga sepupu kepada mangsa.
Menurut Siew Ng, kejadian menyayat hati itu berlaku pada pukul 12 tengah hari semalam di rumahnya di Jalan Kundur, Jalan Sungai Korok ketika dia sedang menyiapkan makanan tengah hari di dapur.
“Ketika kejadian, hanya mangsa dan saya serta seorang pembantu berada di rumah.
“Saya terkejut apabila pembantu rumah menjerit dan memberitahu cucu saya kena langgar,” ceritanya kepada pemberita ketika ditemui di Bilik Mayat, Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) semalam.
Menurutnya, darah mengalir begitu banyak di kepala dan pipi cucunya ketika dia memangkunya sebelum dibawa ke hospital.
“Saya meraung melihat keadaannya yang sudah tidak bermaya dan cuba memanggilnya beberapa kali, tetapi tidak berjawab.
“Saya tak nak dia mati kerana dia seorang yang petah bercakap dan sering menghiburkan keluarga,” cerita Siew Eng lagi.
Mangsa dipercayai dilanggar oleh sepupunya yang hanya pulang sekejap untuk menghantar barang keperluan rumah dan keluar semula kerana bekerja di restoran milik keluarganya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: