STESEN televisyen 8TV bakal menyiarkan sebuah lagi drama bersiri TVB yang cukup popular berjudul To Grow With Love dalam slot Asian Hour.
To Grow With Love akan mula disiarkan pada 7 Mei 2009 jam 7.00 malam hanya di 8TV!
To Grow With Love merupakan sebuah drama moden yang telah menemui penonton pada tahun 2006. Heroin drama ini Myolie Wu terpaksa menambahkan berat badan sebanyak 50 pound untuk memenuhi watak sebagai Tina Ho Mei-Tin dalam drama ini.
“Sebuah lagi drama TVB yang cukup menarik untuk penonton setia kami. To Grow With Love merupakan sebuah lagi drama komedi romantik yang pastinya dinanti-nantikan peminat semua,” ujar Lam Swee Kim, Pengurus Besar 8TV.
Tina Ho Me-Tin (Myolie Wu) merupakan seorang wanita gemuk yang sedang mencari pasangan hidup namun kerana selalu didesak oleh bapanya, Tina membawa diri ke Hong Kong. Di sana beliau bertemu dengan sepupunya bernama Maggie Kwok Bo-Lok (Selena Li).
Tina kemudiannya bertemu dengan seorang pereka fesyen bernama Daniel Dai Hei (Andy Hui) dan akhirnya bekerja di syarikat Daniel. Namun Tina ternyata tidak mempunyai bakat dalam bidang fesyen dan selalu dimarahi Daniel. Pada mulanya Daniel membenci Tina namun Daniel mula menerima kehadiran Tina apabila mengetahui kesusahan dan kepayahan yang dialami Tina sejak beliau tinggal di Hong Kong.
Daniel mula melayan Tina dengan lebih baik namun Tina berniat jahat dan mengambil kesempatan terhadap keihklasan Daniel. Tanpa pengetahuan Daniel, Tina mereka-reka cerita dan memberitahu bapanya yang beliau bakal berkahwin dengan Daniel - pengurus tempat beliau bekerja.
Suatu hari, bapa Tina terserempak dengan Daniel bersama teman wanitanya Rachel, Sung Ma-Yee dan menyangka teman lelaki Tina berlaku curang. Bapa Tina bercadang untuk membalas dendam terhadap ‘teman lelaki’ anaknya itu.
Namun, rahsia Tina akhirnya terbongkar dan Daniel begitu marah dan kecewa dengan tindakan Tina yang menggunakannya untuk kepentingan peribadi. Tina pulang semula ke Filipina kerana malu dan sedih dengan apa yang terjadi.
Atas urusan kerja, Rachel juga terbang ke Filipina dan Daniel turut ke sana untuk memberi kejutan kepada Rachel. Daniel ke kedai barangan kemas untuk membeli hadiah buat Rachel dan terserempak dengan tunang Tina – Mak Ka-Fai (Kenneth Ma).
Ketika sibuk berbual-bual, Daniel dan Ka-Fai telah dilanggar oleh sebuah kereta. Ka-Fai koma manakala Daniel pula hilang ingatan. Tina sekali lagi mengambil kesempatan ini untuk membalas dendam terhadap Daniel yang telah banyak menyusahkan hidupnya.
Pertama, Tina merancang untuk menambahkan berat badan Daniel supaya dia turut menjadi gemuk. Keduanya, Tina merancang untuk membuat Daniel jatuh cinta kepadanya dan seterusnya bercadang untuk meninggalkan Daniel. Namun di saat akhir, Tina menyedarinya yang beliau juga telah jatuh hati kepada Daniel.
Ingin mengetahui apa yang bakal berlaku kepada Daniel dan Tina? Jangan ketinggalan untuk menyaksikan To Grow With Love setiap Isnin hingga Jumaat bermula 7 Mei 2009 jam 7.00 malam. 8TV juga boleh ditonton menerusi saluran 708 Astro.
Tontoni program kegemaran anda dengan melayari www.mobile.8tv.com.my di telefon bimbit anda! Selamat menonton!
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: