Saturday, May 9, 2009

Musim panas filem Hollywood

MUSIM panas kembali lagi dan inilah masanya peminat filem di seluruh dunia menantikan tayangan filem-filem yang dikategorikan sebagai blockbuster.

Saban tahun, selama tiga bulan bermula dari bulan Mei, filem-filem yang disajikan sememangnya menepati cita rasa peminat dan pencinta filem yang menunggu dengan penuh teruja.

Bermula dengan filem X-Men Origins: Wolverine yang sudah pun memulakan tayangannya minggu lalu, filem-filem musim panas dijangka akan menjadi sebutan ramai dan mendapat sambutan yang cukup menggalakkan.

X-Men Origins: Wolverine berjaya membuat kutipan di luar dugaan apabila mencatatkan AS$85 juta (RM305 juta) pada hujung minggu lalu sekali gus meletakkan filem lakonan Hugh Jackman itu di tangga teratas di Amerika Syarikat.

Dengan deretan filem-filem hebat yang menanti giliran untuk ditayangkan, musim panas kali ini pastinya menjanjikan santapan filem yang memberikan variasi kepada peminat filem.

Untuk itu, WOW! menyenaraikan filem-filem hebat yang dijangka akan mendapat sambutan box-office dan seterusnya akan menjadi perhatian serta sebutan sepanjang tahun 2009.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: