Thursday, May 14, 2009

Mari Yaguchi Mahu anak kembar


MARI YAGUCHI


ARTIS terkenal Jepun, Mari Yaguchi yang juga bekas ahli kumpulan wanita pop popular Morning Musume berkata dia mempunyai impian untuk berkahwin seperti mana wanita lain dan mempunyai anak.

Namun menurut Mari, dia selalu berangan-angan untuk memiliki anak kembar.

"Saya inginkan anak kembar tetapi bukan dengan lelaki Jepun sebaliknya dengan lelaki di luar Jepun.

"Tetapi buat masa sekarang saya tidak rasa tertekan untuk berkahwin dengan kadar segera. Ia akan datang dengan sendiri, apa yang saya lakukan cuma nikmati kehidupan dengan tenang dan gembira," katanya.

Mari yang berusia 26 tahun itu muncul pada majlis promosi produk baru burger dan donat untuk syarikat Moa Food Services Inc. di Tokyo bersama rakannya daripada Morning Musume, Nozomi Tsuji yang berusia 21 tahun.

Tsuji yang telah berkahwin dan mempunyai seorang anak perempuan selalu menasihati Mari supaya berusaha keras jika dia mahukan seorang lelaki untuk dikahwini.

"Saya selalu nasihatkan Mari supaya berusaha keras kalau tidak dia akan kekal menunggu untuk selamanya. Kalau mencari teman lelaki, wanita tidak akan risau tetapi kalau mahu cari suami ia sesuatu yang amat berat dan memeningkan kepala kerana kita akan hidup bersamanya sehingga mati," ulas Tsuji yang bersama Mari terlibat dalam pembikinan iklan promosi syarikat tersebut.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: