![]() |
| SAYAKA ISOYAMA |
MODEL popular Jepun, Sayaka Isoyama membuat kenyataan yang menggemparkan apabila gambarnya beraksi tanpa seurat benang akan dipaparkan dalam majalah wanita, Frau pada Julai depan.
Gambar tersebut memperlihatkan perubahan tubuhnya yang semakin langsing berikutan amalannya yang melakukan tarian latin kerana mengikuti program Core Rhythms.
Isoyam, 25, yang ditemui dalam sebuah acara mempromosi kecergasan di Tokyo berkata, senaman tarian tersebut banyak membantunya mencapai berat dan bentuk badan yang ideal dalam setengah bulan sahaja.
"Saya gembira apabila Frau bersetuju untuk mengeluarkan gambar bogel saya. Ia bukanlah sesuatu yang memalukan sebaliknya satu penghargaan apabila saya berpeluang untuk menonjolkan kecantikan diri saya yang sebenar," ujarnya.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: