Nampaknya pengarah muda Syamsul Yusof dah jumpa cinta baru. Jeng... jeng... jeng... Orang yang dimaksudkan itu ialah Julia Ziegler yang sekarang ini bercuti ke Georgia, Amerika Syarikat.
Al-kisahnya pada satu majlis minum petang beberapa hari sebelum berangkat ke Amerika, Julia dilihat bersembang rapat dengan Syamsul.
Sehari selepas majlis itu Niezam ada telefon Julia untuk bertanya khabar tetapi ketika itu dia berada di Jalan Ampang, Kuala Lumpur kerana kereta rosak. Bila ditanya siapa yang datang tolong, Julia hanya ketawa. Dia kata ada seorang kawan baik tapi dia tak nak bagi tahu nama. Macam nak sorok sesuatu?
Nak dijadikan cerita, ada orang nampak, kawan baik yang dimaksudkan tu tak lain dan tak bukan ialah Syamsul.
Habis bab kereta rosak, ada satu lagi cerita lain. Syamsul sanggup hantar Julia ke KLIA pada 20 April lalu untuk bertemu kali terakhir sebelum Julia berlepas ke Amerika.
Petang Selasa lepas Niezam minta Syamsul jawab sendiri soalan mengenai cerita itu.
Korek punya korek, akhirnya Syamsul mengaku dia memang menyukai Julia tapi masih dalam peringkat untuk kenal hati budi masing-masing.
Malah Julia pun selalu hantar SMS kepada Syamsul walaupun sekarang ini dia berada nun jauh di Amerika iaitu di rumah kakaknya.
Yang menyebabkan hubungan mereka baik, kata Syamsul mereka sebenarnya berkongsi tarikh lahir yang sama iaitu 21 Mei 1984.
Malah Syamsul mengaku dia meminati Julia kerana wanita itu suka ketawa dan boleh dibawa bergurau.
Ibu bapanya pun dah “lampu hijau”. Baguslah.
Dalam-dalam serius tu Syamsul sempat bergurau dia macam dah tak sabar nak kahwin. Yalah... umur dah masuk 25 tahun dah. Kalau macam tu tunggu apa lagi?
NIEZAM: Tunggu bulan jatuh ke riba.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: