Wednesday, May 6, 2009

Intip bekas kekasih


TAYLOR SWIFT


TAYLOR SWIFT mengakui dia selalu mengintip pergerakan bekas teman lelakinya. Penyanyi irama country yang kini bercinta dengan anggota Jonas Brothers, Joe Jonas itu berkata: "Jika saya ada masa terluang, saya akan memandu melintasi kediaman bekas teman lelaki saya.

"Saya bukanlah berdendam dengan dia sehingga mahu melemparkan telur busuk di halaman rumahnya, tetapi saya sengaja ingin mengintip adakah dia sudah ada teman wanita baru. Bagi saya itu bukan sesuatu yang pelik, semua orang melakukannya."


JOE JONAS


Ini bukan kali pertama dia mengakui suka mengintip lelaki. Pada tahun lepas, selepas pertama kali bersua dengan penyanyi John Mayer, dia mengakui kemudiannya dia telah mendapatkan maklumat mengenai Mayer menerusi blognya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: