PARIT BUNTAR: “Saya tak dapat tidur semalaman memikirkan keselamatan anak sulung saya yang hilang. Sebaik dimaklumkan mengenai penemuan mayat seorang kanak-kanak di perairan Kuala Bagan Tiang, saya berdoa ia bukan anak saya.
“Bagaimanapun, selepas dipanggil melihat sendiri mayat kanak-kanak itu, hancur hati saya dan isteri (Lim Hai Wei, 25),” kata Lee Boon Chung, 25.
Dia adalah bapa kepada seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun yang mayatnya ditemui terapung di muara sungai Kuala Bagan Tiang, Bagan Serai, kira-kira 120 km dari sini, selepas dipercayai diculik malam kelmarin.
Sebelum itu, Lee Li Xuan, 3, dilaporkan hilang oleh bapanya selepas menonton opera Cina bersama datuknya di Bagan Tiang, Tanjung Piandang jam 10 malam.
| |
“Saya sedih dengan kejadian ini dan tidak sangka ia menimpa keluarga saya. Saya berharap polis menyiasat punca kematian anak saya dan membawa mereka yang bersalah ke muka pengadilan,” katanya.
| |
Beliau berkata, polis menemui mayat Li Xuan dengan kesan calar di kedua-dua kakinya.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Parit Buntar untuk bedah siasat.
Sebelum itu, katanya, Boon Chung membuat laporan polis mengatakan anaknya dilarikan seorang lelaki ketika mangsa menyaksikan opera Cina di sebuah taman berhampiran rumah datuknya di Bagan Tiang pada malam kelmarin.
Menurut Mat Fauzi, Li Xuan berjalan kaki seorang diri ke rumah datuknya di Bagan Tiang untuk menyaksikan pertunjukan itu 200 meter dari rumahnya.
“Dia yang memakai baju-T biru dan seluar pendek merah dikatakan dilarikan seorang lelaki yang menaiki Proton Aeroback ke arah pekan Parit Buntar,” katanya.
Bagaimanapun, siasatan awal mendapati ibu bapa mangsa tidak menerima ugutan atau panggilan telefon menuntut wang tebusan.
“Sebaik menerima laporan daripada keluarga mangsa, polis melancarkan gerakan mencarinya hingga kami menerima maklumat mengenai penemuan mayat seorang kanak-kanak oleh seorang nelayan di perairan Kuala Bagan Tiang kira-kira tiga kilometer dari tempat mangsa dilaporkan hilang.
“Ketika ditemui, baju mayat itu berwarna biru dan seluar merah, sama dipakai mangsa yang dilaporkan hilang. Polis mengesahkan ia mayat Li Xuan selepas dikenal pasti bapanya,” katanya.
Kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: