Friday, May 1, 2009

Guru didakwa milik gambar bogel


TIP HIN yang dituduh memiliki gambar bogel
dibicarakan di Mahkamah Majistret Kuantan semalam.


KUANTAN - Seorang guru sekolah rendah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini semalam atas tuduhan memiliki gambar bogel seorang pelakon terkenal kira-kira lima tahun lepas.

Tertuduh Foo Tip Hin, 56, didakwa memiliki dua disket bertajuk 'BW 1' dan 'Skandal Melayu LR' yang mengandungi gambar berunsur lucah pelakon itu di rumah No 16, Lorong Selamat 31, Jalan Telok Sisek, di sini pada pukul 5 petang, 26 November 2006.

Dia didakwa mengikut Seksyen 5 (1) Akta Penapisan Filem 2002 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 5 (2) akta yang sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-dua sekali jika sabit kesalahan.

Selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah, Tip Hin mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan.

Pegawai Pendakwa Cif Inspektor Mohamed Zakaria memohon mahkamah mengenakan ikat jamin berjumlah RM4,000 tetapi Tip Hin, yang tidak diwakili peguam, merayu supaya jumlah itu dikurangkan atas alasan tidak mempunyai niat untuk melarikan diri dan perlu menanggung ibunya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: