|
PENGALAMAN diperoleh Nurul Diyana Salman (Diyana), 18 apabila muncul juara Pencarian Mini Gadis Metro di gerai Harian Metro (HM), diharapkan dapat membuka laluan buatnya menyertai dunia seni . |
Pertandingan sempena Karnival Jom Heboh pada 26 dan 27 April lalu di Lumut, Perak disertai hampir 50 peserta. Namun selepas saringan dilakukan hanya 11 orang dirasakan layak.
Peserta diadili Pengarang Hiburan HM, Adam Salleh dan Eksekutif Penjenamaan HM, Zurani Abdullah, dan penilaian dibuat dari sudut gaya (40%), penampilan (30%) dan ko munikasi (30%).
Ditemui sebaik diumumkan pemenang Diyana berkata, ini kali kedua dia mencuba nasib menyertai pertandingan an juran HM.
“Saya pernah masuk pertandingan sama tahun lalu sewaktu Karnival Jom Heboh di Shah Alam, Selangor. Bagaimanapun nasib tidak menyebelahi saya,” katanya.
Bagi gadis berasal dari Sitiawan ini, putus asa tidak pernah ada dalam kamus hidupnya. Atas alasan itu dia berani mencuba sekali lagi menyertai pertandingan mini Pencarian Gadis Metro, di Lumut.
“Pada saya apa yang dilakukan Harian Metro bagus kerana membuka ruang kepada gadis seperti saya mengetengahkan bakat dimiliki. Di samping itu dapat membina keyakinan terutama bagi mereka yang mahu menceburi bidang seni,” katanya.
Kata Diyana lagi, selepas memenangi pertandingan ini dia berasa lebih yakin untuk melebarkan sayap dalam bidang lakonan yang memang sudah menjadi minatnya sejak dulu, apatah lagi sebelum ini ada yang berkata gadis bertudung sepertinya sukar diterima menjadi penyanyi, pelakon atau pengacara.
“Saya benar-benar berharap dengan kemenangan ini akan membolehkan saya membina nama sekali gus memudahkan saya menempatkan diri dalam dunia seni tempatan,” ka tanya.
Berbeza dengan pemenang tempat kedua, Noor Syahirah Izzati Mohd Naser (Syahirah), 17, penyertaannya dalam pertandingan mini Pencarian Gadis Metro adalah bagi mem buktikan dia juga cantik seperti gadis lain.
“Sebelum ini badan saya agak gempal dan kakak, Syafiqah Alia selalu mengutuk saya dengan mengatakan saya gemuk.
“Tidak dinafikan saya sedikit tembam berbanding adik-ber adik lain, namun ia tidak bermakna saya tidak menarik pada pandangan orang. Buktinya pada hari ini saya memenangi tempat kedua pertandingan diadakan.
“Pada saya soal cantik ini sangat subjektif, tetapi saya suka dengan pertandingan Pencarian Gadis Metro ini kerana ia menilai individu secara keseluruhan. Dari penampilan se hinggalah cara kita berkomunikasi. Ia secara tidak langsung berjaya membina keyakinan dalam diri,” katanya yang per tama kali menyertai pertandingan yang menilai kecantikan dan penampilan diri.
Pemenang tempat ketiga Nurul Ain Hisam (Nurul), 25 gemar menyertai pertandingan seperti Pencarian Harian Metro bagi mencabar kemampuan diri. Katanya sebelum ini dia sudah beberapa kali menyertai pertandingan corak sama dan ada ketika rezeki menyebelahi dirinya.
“Saya seronok apabila dapat menyertai pertandingan yang menilai personaliti. Menerusinya saya boleh mengetahui mengenai kemampuan diri sama ada mempunyai penampilan menarik atau tidak,” katanya.
Nurul yang bertugas sebagai eksekutif syarikat swasta dan gemar bermain futsal, turut mengharapkan HM mampu membawanya melangkah lebih jauh dengan menyertai dunia seni tempatan.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: