KUALA LUMPUR: Seorang warga emas berputih mata apabila rugi lebih RM238,000 akibat diperdaya tiga wanita yang kononnya mampu membuang sial sebelum melarikan wang dan barang kemasnya, minggu lalu.
Mangsa sebelum itu dihampiri tiga wanita berusia 20 hingga 60 tahun dan memberitahu ahli keluarganya dikelilingi roh jahat serta bakal ditimpa nasib malang.
Bagi membuang sial, mangsa diminta menyerahkan semua wang dan barang kemas untuk proses berkenaan, antaranya meminum air suci dan memakan epal.
Sekiranya enggan mengikuti arahan itu termasuk tidak menyatakan jumlah wang simpanan dalam bank, keluarga mangsa didakwa akan mati atau ditimpa bala dalam tempoh terdekat.
| |
Sejurus memperoleh apa yang diingini, ketiga-tiga wanita itu menghilangkan diri.
| |
Kegiatan jahat itu didedahkan seorang wanita yang mahu dikenali sebagai Wong, 59, ketika ditemui di Biro Pengaduan Awam MCA di sini, semalam.
Menurut Wong, dalam kejadian 19 Mei lalu, dia sedang menunggu bas sendirian di Hentian Kota Raya di sini, untuk pulang ke rumahnya di Cheras.
“Tiga wanita tidak dikenali tiba-tiba muncul dan memaklumkan saya mempunyai kaitan dengan roh jahat sehingga membawa malang kepada keluarga.
“Saya yang mempercayai dakwaan mereka boleh membuang sial dibawa pergi ke sebuah restoran berdekatan dan berasa seolah-olah dipukau,” katanya.
Bimbang dengan keselamatan keluarga, dia membawa seorang daripada mereka pulang ke rumahnya untuk mengambil buku bank dan barang kemas sebelum mengeluarkan semua wang berjumlah RM208,556.80 dan menyerahkan barang kemas bernilai RM30,000.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: