Sunday, May 3, 2009

Diya Mirza pikat lelaki


DIYA MIRZA


JELITAWAN Bollywood yang juga Miss Asia Pacific 2000, Diya Mirza, mengakui amat sukakan pakaian seksi ketika menjalani penggambaran kerana dia kelihatan anggun memakainya.

"Saya seringkali mengenakan pakaian yang seksi. Rakan-rakan selalu mengatakan saya nampak cantik.

"Cuma watak yang saya mainkan semuanya baik-baik dan sopan, jadi pihak penerbit tidak dapat membayangkan saya dalam watak yang seksi," ujar pelakon ini.

Diya Mirza juga berpendapat adalah sesuatu yang menarik sekiranya perempuan memikat seorang lelaki kerana ia memberi kepuasan kepada dirinya.

"Saya bertemu dengan ramai lelaki yang menarik. Tapi tiada siapa yang dapat meninggalkan kesan yang besar kepada saya.

"Jadi tidak salah kalau saya yang memikat lelaki. Kalau ada yang tak mengendahkan saya, pasti saya akan lebih teruja untuk mengetahui sebabnya.

"Dan semestinya dia akan membuat saya sentiasa berjaga-jaga," katanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: