SEREMBAN - Seorang pegawai polis cedera parah ditetak oleh seorang lelaki di Taman Bukit Tampin, Tampin dekat sini malam kelmarin.
Cif Inspektor Mohd. Zain Kasrom, 50, dikatakan diserang pada pukul 7.15 malam ketika dalam perjalanan pulang ke rumah selepas bermain badminton di Dewan Kampung Baru di Tampin.
Akibat tetakan itu, Mohd. Zain yang bertugas sebagai Ketua Bahagian Logistik di Ibu Pejabat Polis Daerah Tampin luka di pipi, tengkuk dan jari tangan kiri.
"Semasa kejadian saya memandu kereta sebelum sebuah motosikal dinaiki seorang lelaki berkulit gelap menahan kereta saya dan meminta saya keluar.
"Sebaik saya keluar, lelaki berusia 30-an itu menyerang saya," ceritanya yang dalam keadaan lemah ketika ditemui di Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) di sini semalam.
Sementara itu, anak mangsa, Mohd. Nazrullah, 24, berkata, ayahnya masih lemah tetapi keadaannya stabil.
SEJAHAT JAHAT MANUSIA IALAH MANUSIA PEMBUNUH
ReplyDelete