AKTOR, Syazwan Zulkifly mengakui tidak bosan biarpun sering ditawarkan dengan karakter antagonis.
Katanya, setiap watak jahat yang diterima mempunyai kelainan tersendiri kerana setiap karakter itu tidak sama.
“Jadi, itulah cabaran utama saya. Saya perlu mencari apakah kelainan yang perlu ditampilkan dalam setiap cerita seperti gaya rambut, cara berpakaian atau bercakap," katanya pada Sinar Harian.
Syazwan berkata, untuk kreativiti penting untuk membentuk watak jahat
Pada masa sama, aktor berusia 29 tahun ini mengakui tidak mempunyai impian terhadap apa sahaja watak seperti pelakon lain.
“Jujur, saya tiada watak impian kerana saya mahu karakter itu terus ditawarkan kepada saya.
“Jika saya berbuat begitu, itu maknanya saya sudah bersedia segala-galanya mengenai watak tersebut.
“Saya tak mahu macam itu, saya mahukan ia berlaku secara spontan kerana itulah cabarannya,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Syazwan bakal bergandingan dengan Ummi Nazeera dan Aeril Zafrel menerusi drama bersiri, Nahu Rindu di TV3.
Selain itu, Syazwan juga dalam perancangan untuk menubuhkan rumah produksi seterusnya menerbitkan sebuah filem, pada masa akan datang.
Justeru, dia kini sedang membuat persediaan mengumpul material tetapi masih dalam peringkat awal untuk dihebahkan.