AKTOR terkenal, Sharnaaz Ahmad bakal menamatkan zaman bujang dengan pilihan hatinya, Noor Nabila yang juga kakak kepada pelakon popular dan pengacara, Neelofa pada 31 Mac depan.
Pasangan ini bakal melangsungkan pernikahan di kediaman pengantin perempuan di Kuala Lumpur.
Majlis resepsi di pihak perempuan akan diadakan di sebuah hotel di Kuala Lumpur pada 2 April depan.
Majlis bertandang bagi pihak lelaki pula dijangka diadakan di Pulau Pinang pada 16 April 2017.
Sebelum ini, pelakon berusia 32 tahun ini telah melamar bakal isterinya pada 4 September 2016 seterusnya mengadakan majlis merisik pada 18 Disember lalu.
Sharnaaz dan Nabila saling mengenali sejak hampir dua tahun lalu.
Dalam tempoh itu, mereka dikatakan pernah ‘putus’ gara-gara memadamkan gambar di akaun Instagram masing-masing.