Priyanka Chopra diberi tanggungjawab sebagai penyampai trofi pada Anugerah Golden Globe ke-74 yang bakal berlangsung pada 8 Januari depan.
Turut tersenarai sebagai penyampai anugerah ialah Timothy Olyphant dan Justin Theroux, Drew Barrymore, Matt Damon, Zoe Saldana, Mandy Moore, Brie Larson, Nicole Kidman, Sofia Vergara dan Sienna Miller.
Priyanka mula mendapat perhatian Hollywood selepas muncul dalam drama bersiri Quantico.
Pelakon itu bakal muncul dalam filem Baywatch di Amerika Syarikat.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: