Saturday, January 7, 2017

Pelakon 'Twilight' Ashley Greene Bertunang




Pelakon Ashley Greene mendedahkan sudah bertunang dengan teman lelakinya Paul Khoury.
PELAKON filemTwilight iaitu Ashley Greene dilaporkan sudah pun mengikat tali pertunangan dengan teman lelakinya Paul Khoury baru-baru ini.

Ashley mendedahkan perkara itu menerusi video lamaran daripada Paul yang dimuat naik ke laman sosial Instagram miliknya.

"Ini adalah saat paling bahagia kerana kamu berjaya membuatkan saya gembira dan rasa wanita paling bertuah," katanya menerusi kapsyen video tersebut.

Pelakon berusia 29 tahun itu juga memberitahu tidak sabar untuk memulakan kehidupan baharu sebagai suami-isteri selepas berkahwin kelak.

Dalam pada itu, Ashley turut memberitahu Paul bukan sahaja teman lelakinya malah dia adalah sahabat baiknya.

"Saya berasa beruntung dapat menghabiskan seluruh hidup dengan teman baik saya dan cincin pertunangan yang diberikan adalah paling cantik," ujarnya.

Pasangan itu bercinta sejak 2013 dan Paul adalah seorang personaliti televisyen di Australia yang juga rakan baik kepada aktor terkenal Liam Hemsworth.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: