SEJAK akhir-akhir ini, terdapat pelbagai jenis jenama kopi di pasaran yang menggunakan pelbagai jenis kopi seperti arabika, robusta, kona dan sebagainya.
Apatah lagi permintaan terhadap produk kopi juga tinggi menyebabkan kewujudan variasi jenama di pasaran.
Walaupun terdapat pelbagai jenama yang menggunakan pelbagai jenis tumbuhan, herba dan buah tempatan, namun sejenis herba iaitu buah tunjuk langit kurang mendapat perhatian kerana rasanya lebih kuat berbanding herba lain.
Pengarah Urusan Tunas Bio Herb, Muhammad Saifullizan Abu Bakar berkata, penghasilan 7Cafe dengan khasiat buah tunjuk langit dan pegaga dapat membantu mengatasi kelemahan kopi pra campuran lain di pasaran.
“Mungkin ada orang pernah tengok pokok buah tunjuk langit yang terdiri daripada banyak jenis gred paling rendah dan tinggi.
“Tapi, saya hanya mencari gred paling tinggi serta berkualiti dengan menggabungkan kopi arabika dan buah tunjuk langit serta pegaga.
“Untuk pengetahuan, pegaga bertindak sebagai antioksidan yang boleh melancarkan perjalanan darah dan menambahkan tenaga,” katanya.
Muhammad Saifullizan berkata, tidak dinafikan penghasilan kopi tersebut memerlukan kos yang tinggi, namun dia tidak peduli akan perkara itu.
Yang pasti, dia lebih fokus terhadap matlamat utamanya dalam penghasilan jenama kopi sendiri bagi mengatasi kelemahan kopi sedia ada di pasaran.
Kopi pra campuran itu dihasilkan berdasarkan pengalamannya yang sangat menggemari minuman itu, namun mendapati kebanyakan produk kopi mempunyai kandungan gula yang tinggi.
Katanya, penjagaan pemakanan amat penting bagi menjaga kesihatan, namun perlu menitik beratkan beberapa perkara seperti kandungan gula, kafein, herba berkualiti agar badan mendapatkan zat yang sepatutnya.
“Kita menjalankan beberapa proses penyelidikan dan pembangunan (R&D), dan penghasilannya 100 peratus tanpa penggunaan gula.
“Bagi menggelakkan daripada penghasilan habuk yang terhasil selepas dikisar, kami menjalani proses penghasilan serbuk kopi secara lebih moden dengan menjalani proses secara abstrak.
“Proses ini dapat membantu pemprosesan kopi tanpa menghilangkan khasiatnya dan pastinya rasa yang lebih sedap diminum oleh pengguna," katanya.
Dalam masa sama, dia turut membuka peluang kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk menjana pendapatan bersama 7Cafe dengan pencarian ejen di seluruh negara.
Seiring dengan itu, dia turut menyasarkan jualan 200,000 pada tahun ini dengan menggiatkan lagi promosi dan peluang pendapatan kepada orang ramai.
Untuk maklumat lanjut hubungi mengenai produk itu, boleh lawati laman sesawang www.tunasrestu.com atau Tunas Restu Management Sdn Bhd di Facebook.