Tuesday, January 10, 2017

Empat Hari Dilancar, Album NCT 127 Duduki Carta Teratas 4 Negara



BAHARU sahaja melancarkan album berjudul Limitless, kumpulan NCT 127 berjaya menunjukkan prestasi membanggakan.

Empat hari dilancarkan kepada umum, album tersebut berjaya menduduki tangga teratas di iTunes empat negara iaitu Finland, Thailand, Vietnam dan Indonesia.

Sementara itu, album ini menduduki tempat ketiga dalam carta iTunes di Jepun, Hong Kong dan Malaysia.

Manakala, tangga ke sepuluh terbaik di tiga negara lain.

Lagu berjudul sama dengan album iaitu Limitless menjadi pilihan NCT 127 sebagai single pertama mereka.

Album yang memuatkan enam buah lagu itu turu menyediakan dua versi single Limitless beserta muzik video.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: