KUALA TERENGGANU - “Seawal usia 13 tahun, saya terjebak dengan pil kuda, bukan saja menjadi penagih tegar, malah saya berani menjadi pengedar kecil-kecilan,” demikian pengakuan Joe (bukan nama sebenar), 28, bekas penagih dan pengedar dadah.
Anak ketiga daripada lima beradik ini mengakui meskipun masih bergelar pelajar ketika itu, hidupnya memang terlalu mewah mengalahkan orang dewasa yang sudah berkerjaya dan kemewahan itu disorok rapi agar tidak dihidu terutama ahli keluarga.
“Seawal usia 17 tahun, saya ada tiga buah kereta yang dibeli secara tunai dan lebih kurang RM50,000 tunai di dalam tangan tetapi semua itu saya sorok, bimbang orang tahu terutama ahli keluarga dan pihak sekolah.
“Saya simpan kereta di rumah kawan-kawan yang boleh dipercayai dan duit pula saya simpan di tempat yang dirasakan selamat ketika itu,” katanya kepada Sinar Harian.
Menurut Joe lagi, setiap hari dia terpaksa berlakon menjadi ‘pelajar’ apabila turun dari rumah pada waktu pagi dengan berpakaian uniform lengkap dan akan pulang ke rumah mengikut waktu sekolah.
“Hakikatnya saya ponteng sekolah dan gunakan waktu itu untuk urusan jual beli pil kuda tetapi sekiranya balik lewat, saya akan bagi alasan ada kelas tambahan dan apa-apa sahaja alasan yang dirasakan logik,” katanya.
Katanya lagi, sepanjang bergelar penjual pil kuda, hampir semua kesalahan jenayah telah dilakukan termasuk meragut, mencuri, merompak dan pelbagai lagi.
“Bukan sahaja saya berani melakukan jenayah dengan masyarakat, malah ibu bapa saya turut menjadi mangsa.
“Maki hamun ibu bapa dan ahli keluarga boleh dikatakan antara ‘makanan’ harian saya ketika itu, lebih-lebih lagi apabila kehendak saya tidak dipenuhi atau dihalang,” katanya.
Mengakui meskipun hidup dalam serba kemewahan, namun dia langsung tidak mendapat ketenangan ketika itu kerana hampir setiap hari akan berjaga-jaga, risau pihak berkuasa berjaya menghidu kegiatannya.
“Saya bukan sahaja tidak tenang, malah boleh dikatakan hampir seluruh masyarakat di sekeliling ‘membuang’ saya tetapi paling saya banggakan ketika itu, meskipun pelbagai cemuhan diperoleh, ibu bapa saya tetap setia dan tidak pernah jemu mendoakan agar saya berubah,” katanya.
Joe berkata, akhirnya doa kedua orang tuanya itu dimakbulkan apabila dia ditangkap polis selepas dipercayai melakukan jenayah curi motosikal dan dikenakan tindakan undang-undang.
“Alhamdulilah, selepas dikenakan hukuman, saya mula sedar dan dapat berfikir dengan waras untuk memilih kehidupan yang lebih baik.
“Saya nekad tidak akan sesekali mendekatkan diri lagi dengan kegiatan yang tidak memberi faedah, malah menggelapkan masa depan itu.
“Meskipun pendapatan diperoleh memang lumayan, tetapi semuanya tidak bermakna kerana kehidupan kita tidak pernah tenang,” katanya.
Selepas Joe pulih sepenuhnya, kini Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Kuala Terengganu mengambil dirinya bekerja sebagai kaunseling sementara di sana.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: